Heart-Ache Quotes

Tuesday, 15 February 2011

Seteruk mana Valentine V-Day korang?

Macam mana dengan V-Day korang ari tu? Aku pulak dok memekik terlolong dalam bilik air menyanyikan lagu syahdu selain menonton movie Unbreak My Heart' ...(ni tajuk lagulah!)

Lepas tuh, aku buka album gambar lama dan conteng-conteng muka ex-bf aku dengan contengan penuh warna warni. Mulut dia dalam gambar tu aku robekkan dengan gunting.

Dalam Fesbuk,aku wish kat semua orang HAPPY SINGLET DAY! err..
Mana ada aku buat semua di atas... penghuni Tanjung Rambutan pun tak akan buat macam tu.
Sebagai seorang yang baru ditinggalkan kekasih...tak lah baru sangat(aiseyy...buat pengumuman pulak :-P ), aku menyambutnya dengan tiada sambutan. Ayat apakah..

Balik kerja aku masak-masak best sikit untuk mak dan bapak aku. Adik ku masih kat tempat kerja, so tak payah lah masak untuk dia. Lauk lebih bagi kat kucing-kucing tersayang.
Macam best pulak idea memasak untuk ahli keluarga dikala kita tak memasak untuk kekasih si jantung hati. Percayalah ini lebih baik....

Aku tak percaya lah dengan cadangan merepek orang tentang tips yang perlu dikuti oleh si 'single' menghadapi Hari Valentine. Salah satu cadangannya ialah dengan menonton wayang. Kalau menonton wayang seoarang diri lagilah 'pilu' rasanya. Bolehlah korang panggil kengkawan lain tapi pergilah nonton dengan mereka yang single juga. Itu pun kalau mereka free..

Lepas tu cadangan beli coklat atau bunga untuk diri sendiri lagilah tak elok. prrfff... untuk sesetengah orang buat macam tu dapat menghiburkan hati mereka.
Bagi aku...sangat tak sesuai.
Apa kejadah beli coklat untuk diri sendiri tapi lepas tu meratib sendu sorang-sorang dikala mengenang diri tak ada yang sudi belikan coklat untuk diri. (Percayalah..benda ni tak berlaku ke atas aku lagi..hahaha)

Sama juga jika orang mencadangkan pergi ke spa untuk memanjakan diri pada Hari Valentine bagi yang tiada kekasih. Aku gelak je .. tak percaya dengan keberkesanan nya. Dalam pada kamu kena urut tu,boleh saja kamu terbayangkan kenangan indah ketika bersama dulu dengan sang mantan hanya dengan menyedari bahawa semua tu mimpi semata-mata. Sebab kamu tertidur masa diurut tu...huahuahua.


Jangan ambil serius sangat lah,benda ni terpulang pada diri memasing.
Apakah benda yang paling teruk pernah berlaku kat korang pada Hari Valentine sebelum ni?

A. Kucing/Anjing kesayangan korang kena langgar?
B. Korang tertengok gambar kahwin bekas kekasih yang sedang tersengih disamping bini?
C. Mengetahui jumlah baki duit korang kat bank hampir kering kontang?
D. Sila isi sendiri...

Percayalah...A dan B itu pernah berlaku kat aku. C itu hampir pasti. huhu... (T.T) Nanges.. Tahun ini saja. Menarik bukan?
Kalau rasa tak menarik, sila cabut bulu kaki !


********************************************

Tetiba aku rajin menconteng Fesbuk aku. Profile Pic pun aku tukar. (Tapi memang hampir setiap hari aku tukar pong.........haha). Gambar kat tepi-tepi bahagian wall pun aku ubah sesikit. Hasilnya macam kat bawah.

Macam pernah tengok ini gambar kann?..erk

.FB aku !!!...
kalau nak add, search ja nama ni - Royceca Ceca
Kalau tak nak add pun takpe...cabut je lah bulu kaki korang....





0 comments:

 

ceca Grumpy Cow