Friday, 11 March 2011

Doa untuk mangsa gempa dan tsunami di Jepun..



God...
We mourn the death and destruction in Japan..
And we pray for those who died in this recent disaster.
May their souls rest in peace.
May their families be comforted.

We pray for the living survivors.
Be with them, in this traumatic time.
May they experience Your healing,
In their spirits as well as their bodies.

We pray for the communities affected.
May they come together in solidarity
To rebuild and to affirm new life
...........

Bumi dah tua....tapi umatnya tak pernah sedar diri...
Jangan pula setakat merenung dan meratapi mereka di kaca tv dan suratkhabar..
Selagi mampu dan selagi ada peluang,jom kita sumbangkan bantuan kita pada mereka yang memerlukan....seringgit? dua ringgit? baju? makanan?ubat ubatan? doa?
marilah...



Saturday, 5 March 2011

Majlis Kesyukuran/Doa Selamat/B-day Hafiz AF7!!

Heheh...dah seminggu berlalu...aku pun dah lama tak updet blog yang dah bersawang nih. Entri yang ni cuma nak tepek beberapa gambar masa majlis sambutan harijadi Hafiz AF7 (Hafiz dah 21 tahun,dah boleh ngundi dahhhh....yeyh!) lalu.... dan sedikit corak coret.. corat coret..err..coret corat..copat copet..ah lantak lah. Nampak sangat lah penggunaan bahasa tak tentu lagi. :-P hehehe

Majlis ni yang dibuat kat rumah Apis di Kuching pada 27Februari lalu selain nak sambut b-day dia dibuat juga doa selamat dan kesyukuran atas kemenangan Hafiz masa anugerah jora lagu bulan januari lalu.. Hafiz telah menggondol dua anugerah,Pemenang Vokal Terbaik dan tempat ke-3 lagu terbaik menerusi lagu nyanyian nya Noktah Cinta.
(nak buat ala-ala ulasan berita Bi-POP , okay tak? kalau tak ok,sila cabut bulu kaki! )


HAPPY BIRTHDAY HAFIZ!!!
21 tahun...tua dah ko..
Masa majlis baru je nak start hujan pulak turun dengan lebat. Tapi syukurla orang yang datang pun lebat mencurah-curah juga. Majlis bermula dekat nak pukul 3 petang.

cantik tak biru dan putih??... heheh... huish..tetiba bang Har pulak menyelit sedang
tersengih berbaju kelabu tepi dinding tuh. erk..



Heheh ..Masa ni Apis baru je sampai dari airport Kuching.. datang je terus kena 'renjis' ka depan pintu. dish dishh .. Aku masa ni tengah bertengek atas bangku tengah gantung belon kat dinding,sempat pulak keluarkan kamera ambil gambar ni dari atas.


Inilah dia sebahagian daripada bibik-bibik majlis.... adeh. Dayang-dayang Hafiz... :p


Itulah bagusnya ada budak lelaki,boleh suruh dorang buat kerja alah nih. Hahahah...orang pompuan dok berkerja sambil berporet dengan santai. heheh..


Heheh...aku dengan trofi AJL Hafiz... credit to YB dengan pic ini yer...hehe


Ni makcik-makcik yang kat dalam bilik ruang tamu..
eh,sudah berlangsung ke belum doa selamat tu eh? Lupa lak.




Beberapa hari sebelum AJL Hafiz ada terlibat dalam kemalangan jalanraya..katanya kereta berpusing-pusing drift ngalahkan pelakon stunt Syamsul Yusof arahkan tu. Okay la,aku saja je menokok nambah cerita. Takde lah 'drift' sangat. Syukurlah Apis tak apa-apa sangat masa tu,dengan kecederaan ringan saja. Kalau tak,takda lah orang dapat tengok dia buat gimik terjatuh kengkonon kena tembak bagai masa persembahan akhir AJL.


Ada buat tepung tawar jugak tau.


Mama Apis... anak mak dah besar..


Ni Apis dengan kek pemberian Aunty Sah dan keluarga.




Gambar berkumpulan Hafiz FC! Hafiz Fan Club Kuching & KL. Kengkawan dari luar Sarawak juga gigih datang untuk majlis nih. Dorang bertuah dapat merasai pengalaman 'pengilan' sendiri di Kuching,Sarawak.


hehehe...


Kawan-kawan sekolah Apis...




Majlis ni habis pukul 6 macam tu ler...Tapi kitaorang teruskan lagi dengan BBQ ..kepalanya Apis sendiri,pastu makan kek pemberian peminat Kak Watie dari jauh tu..... Selepas tu,Apis buka semua hadiah2 yang dia dapat. Banyak tau. heheh.


Bab panggang memangang serahkan pada birthday boy! heheh...aku tukang makan je.


longgokan hadiah peminat-peminat dan keluarga dia beri.....

Syukurlah semua berjalan lancar....Malam esoknya pegi lepak-lepak karaoke ngan Hafiz dan kengkawan. Enjoy! Dapat buang penat seharian...Lama dah aku tak kuar karok ni.



Budak ni tengah buat apa,jangan tanya aku. Aku pun tak tau. Mungkin juga satu cubaan sebagai persediaan ke Moscow masa musim sejuk. Ala-ala nak panaskan badan. Macam lah benda alah tu panas...cet! :P


Cubaan untuk menjadi Iron Man..hmmm..




Ida dan Green....pertama kali jumpa dorang berdua,selama ni jumpa kat Fesbuk je. Selamat datang ke Kuching dan pulang dengan kenangan terindah! Jumpa lagi!

Tuesday, 15 February 2011

Seteruk mana Valentine V-Day korang?

Macam mana dengan V-Day korang ari tu? Aku pulak dok memekik terlolong dalam bilik air menyanyikan lagu syahdu selain menonton movie Unbreak My Heart' ...(ni tajuk lagulah!)

Lepas tuh, aku buka album gambar lama dan conteng-conteng muka ex-bf aku dengan contengan penuh warna warni. Mulut dia dalam gambar tu aku robekkan dengan gunting.

Dalam Fesbuk,aku wish kat semua orang HAPPY SINGLET DAY! err..
Mana ada aku buat semua di atas... penghuni Tanjung Rambutan pun tak akan buat macam tu.
Sebagai seorang yang baru ditinggalkan kekasih...tak lah baru sangat(aiseyy...buat pengumuman pulak :-P ), aku menyambutnya dengan tiada sambutan. Ayat apakah..

Balik kerja aku masak-masak best sikit untuk mak dan bapak aku. Adik ku masih kat tempat kerja, so tak payah lah masak untuk dia. Lauk lebih bagi kat kucing-kucing tersayang.
Macam best pulak idea memasak untuk ahli keluarga dikala kita tak memasak untuk kekasih si jantung hati. Percayalah ini lebih baik....

Aku tak percaya lah dengan cadangan merepek orang tentang tips yang perlu dikuti oleh si 'single' menghadapi Hari Valentine. Salah satu cadangannya ialah dengan menonton wayang. Kalau menonton wayang seoarang diri lagilah 'pilu' rasanya. Bolehlah korang panggil kengkawan lain tapi pergilah nonton dengan mereka yang single juga. Itu pun kalau mereka free..

Lepas tu cadangan beli coklat atau bunga untuk diri sendiri lagilah tak elok. prrfff... untuk sesetengah orang buat macam tu dapat menghiburkan hati mereka.
Bagi aku...sangat tak sesuai.
Apa kejadah beli coklat untuk diri sendiri tapi lepas tu meratib sendu sorang-sorang dikala mengenang diri tak ada yang sudi belikan coklat untuk diri. (Percayalah..benda ni tak berlaku ke atas aku lagi..hahaha)

Sama juga jika orang mencadangkan pergi ke spa untuk memanjakan diri pada Hari Valentine bagi yang tiada kekasih. Aku gelak je .. tak percaya dengan keberkesanan nya. Dalam pada kamu kena urut tu,boleh saja kamu terbayangkan kenangan indah ketika bersama dulu dengan sang mantan hanya dengan menyedari bahawa semua tu mimpi semata-mata. Sebab kamu tertidur masa diurut tu...huahuahua.


Jangan ambil serius sangat lah,benda ni terpulang pada diri memasing.
Apakah benda yang paling teruk pernah berlaku kat korang pada Hari Valentine sebelum ni?

A. Kucing/Anjing kesayangan korang kena langgar?
B. Korang tertengok gambar kahwin bekas kekasih yang sedang tersengih disamping bini?
C. Mengetahui jumlah baki duit korang kat bank hampir kering kontang?
D. Sila isi sendiri...

Percayalah...A dan B itu pernah berlaku kat aku. C itu hampir pasti. huhu... (T.T) Nanges.. Tahun ini saja. Menarik bukan?
Kalau rasa tak menarik, sila cabut bulu kaki !


********************************************

Tetiba aku rajin menconteng Fesbuk aku. Profile Pic pun aku tukar. (Tapi memang hampir setiap hari aku tukar pong.........haha). Gambar kat tepi-tepi bahagian wall pun aku ubah sesikit. Hasilnya macam kat bawah.

Macam pernah tengok ini gambar kann?..erk

.FB aku !!!...
kalau nak add, search ja nama ni - Royceca Ceca
Kalau tak nak add pun takpe...cabut je lah bulu kaki korang....





Sunday, 13 February 2011

Bila aku ter-beli..

ter-beli mascara lagi dek kerana mascara lama dah habis. (ter-beli??) Tapi aku rembat yang aku tak pernah beli sebelum ni.. entah,agaknya tertarik dengan kekecilan sekecik jari kelengkeng aku ja. Brand In2It .. RM12+ ja lah. Kotak bungkusan mascara tu dah terbang aku buang kat mana entah..laju ja aku buang,malas nak jadikan koleksi dalam laci. Oh, atau kucing aku dah koyakkan kot?..
Mascara In2It ni fibre-free.. berus ber'balloon dan kaler yang aku pilih adalah 'very black'. veerrrryyy black. Black macam Black.
Tapi tak nak lah aku upload gambar aku dah guna mascara ni.
Apa kes..bukan niat aku nak pomot benda kosmetik.. aku cuma nak pomot kedai WATSON.

Wey, PerhaTIAANNN!!~~~
Kedai pakcik WATSON sekarang tengah offer,SALE sini sana..... Banyak dowh produk dorang jual tengah murah sekarang nih. (hmm..macam sejak Krismas tahun lalu ja dorang berjualan murah nih. ) "_"

Hari ini juga tangan aku ter-beli lagi rantai leher anjing... anjing aku lah. Anjing bertuah..
Yelah,anjing aku peminat Chelsea...jadi,itu je lah yang mampu ku hadiahkan.
Chelsea! Chelsea!



Anak anjing tauke kedai barangan haiwan ni cumel sangat....
telinga dye kaler kuning oren dowh..
Puas aku nak ambik gambar curi dia..Hoh!
Haram..buat muka pemalas lagi bila aku nak ambil gambar.

*******************************************************

Cam-whore?...Cam-slut?...Cam-bitch?...

Ahad, 13 Feb 2011

- pis! -
tentu lah gambar ni telah diedit..
kalau tak..takkan lah muka seputih dan seterang ini..
hoh..


kenapa la aku suka buat muka macam ni..
eh,tangan aku macam sesuatu ja??
apakah..urrgh..



*********************************
dompet aku rabak lagi....duhai nasib...nangis.. T.T

Saturday, 12 February 2011

Tanda Kasih (kalau hati sudah suker..)


Tanda Kasih(1960)oleh
Ahmad Mahmud dan Rahmah Rahmat.


Lagu lama ni....aku belum lahir lagi.
Masih zaman hitam putih.
Tetiba bukak YouTube cari lagu ni sebab hari tu dengar seorang rakan sekerja
(Kak Zah!) nyanyikan lagu ni. Lagu lama tapi lirik bermakna okay......bermakna pada yang menyanyikan? (Kak Zah!)

Lagu ni pasal emm..pasal cinta..pasal kasih..jangan dok lama-lama tahan.
Macam-macam cobaan (co-ba-aaannn...) yang datang tatkala sedang berkasih.
Semua indah bila bercinta. *eh..bencinya buat ayat macam nih. (=_=)!

Kalau si kaki jiwang boleh lah dengan senang hatinya paham maksud disebalik lagu ni.

Mari karok!

TANDA KASIH

Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa

Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa

Berputus asa jangan
Mengeluh pun jangan
Tenangkan hati janji jangan lupakan
Supaya aman

Berpisah lama jangan
Berjauh pun jangan
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan

Hati susah jadi senang
Kenangan jika datang
Terasa kasih sama tiba menjelang
Menambah sayang
Sebab apa hati resah
Seperti orang salah
Itukah tanda kasih akan berpisah
Membawa tuah

Blog Merah Jambu - oleh Ms.Ceca

macam best pulok ada gambar macam nih ahahaha..

Bayangkaaaannnnnnnnnnn..................sejak Julai 2010 lalu aku langsung tak updet blog ni lagi?!.................. his his hiss..

Oleh kerana hari nan indah ini.. aku tiba-tiba menjadi seorang yang rajin maka dengan ini aku cuba merajinkan diri dengan mengeblog. Blog apa saja. Apa saja. Selain Fesbuk..kat sini juga tempat aku meroyan.membebel dan mengomel. Hehehe..

Jadi..untuk mulakan segalanya..header pon tukar baru..nama blog pon tukar baru..dulu 'it's a girl thing' ...sekarang tukor pulok jadik 'blog merah jambu' (yippie..ada nama baru)

Hoh,aku ingat aku sorang je ada nama macam nih..berjuta lagi di luar sana guna nama merah jambu nih. hoh!




******aku pandai makan. aku tak pandai mengeblog******

Sunday, 25 July 2010

Putu Sut! ..

Lagi Sabtu yang sibuk..heheh.. okay ... Sabtu 24 Julai Hafiz dan Aril der show kat Convention Centre ...Hari Perhimpunan Belia nokss....itu agenda pertama hari tu..sebelum petangnya Hafiz melaram ngan baju melayu untuk photoshoot lah pulak...

*photogenic nya aku.... ^_* huahuahauaa
credit to Abang Har

So Hafiz dan Aril memasing bawa 2 lagu. Tapi persembahan dimulakan dulu oleh Mila..Mila ja yang bawa 3 lagu. Kuasa wanita!!... :) Eh..pelik ja susunan gambar dalam nih. Takpe...asal cerita aku tak pelik susunan nya. Selepas Mila,Aril lak nyanyi,dengan mengundangkan 2 penonton untuk menyanyi bersama. Sempoi Arl memang sempoi. Kali nih bawa lagu baru nya dan lagu kesukaan Aril ..."Selalu Mengalah"....





Hafiz lak muncul dengan bercermin mata hitam tapi penonton awal-awal lagi suh buka cermin mata tuh..huhu..apa kes ko nak jadi orang buta atas pentas kan?... :P
Noktah Cinta dan single terbaru Awan Nano Hafiz dendangkan kat penonton yang tercangak nengok persembahan Hafiz.


err...salah satu adegan dari klip video Noktah Cinta kononnya...







Mil.a...




Balik dari Borneo Convention Centre,balik hotel then
pergi ke satu tempat untuk photoshoot..aiyoo...penat siot camtuh..

tadaaa!....cuba teka photoshoot untuk apa nih?...
Maskulin? bukan...Remaja? bukan...Mangga? Lagi bukan.....



teka lah ...


klu...


yes!! anda betul !.... photoshoot untuk kilang baju melayu
yang akan buka tak lama lagi ...



susah pilih baju untuk budak tuh tau... cari kaler pelangi baju tuh takde...


siot ja dorang berdua nih...budak nak tidur pon dikacau....


aha....tutorial menggunakan dslr...
Aril , Teja diajar oleh Abang Har...


poster terbaru untuk Twilight terbaru nanti...anak-anak Edward,Bella dan Jacob..


okay, bye Piz!..



















 

ceca Grumpy Cow