Heart-Ache Quotes

Saturday, 5 March 2011

Majlis Kesyukuran/Doa Selamat/B-day Hafiz AF7!!

Heheh...dah seminggu berlalu...aku pun dah lama tak updet blog yang dah bersawang nih. Entri yang ni cuma nak tepek beberapa gambar masa majlis sambutan harijadi Hafiz AF7 (Hafiz dah 21 tahun,dah boleh ngundi dahhhh....yeyh!) lalu.... dan sedikit corak coret.. corat coret..err..coret corat..copat copet..ah lantak lah. Nampak sangat lah penggunaan bahasa tak tentu lagi. :-P hehehe

Majlis ni yang dibuat kat rumah Apis di Kuching pada 27Februari lalu selain nak sambut b-day dia dibuat juga doa selamat dan kesyukuran atas kemenangan Hafiz masa anugerah jora lagu bulan januari lalu.. Hafiz telah menggondol dua anugerah,Pemenang Vokal Terbaik dan tempat ke-3 lagu terbaik menerusi lagu nyanyian nya Noktah Cinta.
(nak buat ala-ala ulasan berita Bi-POP , okay tak? kalau tak ok,sila cabut bulu kaki! )


HAPPY BIRTHDAY HAFIZ!!!
21 tahun...tua dah ko..
Masa majlis baru je nak start hujan pulak turun dengan lebat. Tapi syukurla orang yang datang pun lebat mencurah-curah juga. Majlis bermula dekat nak pukul 3 petang.

cantik tak biru dan putih??... heheh... huish..tetiba bang Har pulak menyelit sedang
tersengih berbaju kelabu tepi dinding tuh. erk..



Heheh ..Masa ni Apis baru je sampai dari airport Kuching.. datang je terus kena 'renjis' ka depan pintu. dish dishh .. Aku masa ni tengah bertengek atas bangku tengah gantung belon kat dinding,sempat pulak keluarkan kamera ambil gambar ni dari atas.


Inilah dia sebahagian daripada bibik-bibik majlis.... adeh. Dayang-dayang Hafiz... :p


Itulah bagusnya ada budak lelaki,boleh suruh dorang buat kerja alah nih. Hahahah...orang pompuan dok berkerja sambil berporet dengan santai. heheh..


Heheh...aku dengan trofi AJL Hafiz... credit to YB dengan pic ini yer...hehe


Ni makcik-makcik yang kat dalam bilik ruang tamu..
eh,sudah berlangsung ke belum doa selamat tu eh? Lupa lak.




Beberapa hari sebelum AJL Hafiz ada terlibat dalam kemalangan jalanraya..katanya kereta berpusing-pusing drift ngalahkan pelakon stunt Syamsul Yusof arahkan tu. Okay la,aku saja je menokok nambah cerita. Takde lah 'drift' sangat. Syukurlah Apis tak apa-apa sangat masa tu,dengan kecederaan ringan saja. Kalau tak,takda lah orang dapat tengok dia buat gimik terjatuh kengkonon kena tembak bagai masa persembahan akhir AJL.


Ada buat tepung tawar jugak tau.


Mama Apis... anak mak dah besar..


Ni Apis dengan kek pemberian Aunty Sah dan keluarga.




Gambar berkumpulan Hafiz FC! Hafiz Fan Club Kuching & KL. Kengkawan dari luar Sarawak juga gigih datang untuk majlis nih. Dorang bertuah dapat merasai pengalaman 'pengilan' sendiri di Kuching,Sarawak.


hehehe...


Kawan-kawan sekolah Apis...




Majlis ni habis pukul 6 macam tu ler...Tapi kitaorang teruskan lagi dengan BBQ ..kepalanya Apis sendiri,pastu makan kek pemberian peminat Kak Watie dari jauh tu..... Selepas tu,Apis buka semua hadiah2 yang dia dapat. Banyak tau. heheh.


Bab panggang memangang serahkan pada birthday boy! heheh...aku tukang makan je.


longgokan hadiah peminat-peminat dan keluarga dia beri.....

Syukurlah semua berjalan lancar....Malam esoknya pegi lepak-lepak karaoke ngan Hafiz dan kengkawan. Enjoy! Dapat buang penat seharian...Lama dah aku tak kuar karok ni.



Budak ni tengah buat apa,jangan tanya aku. Aku pun tak tau. Mungkin juga satu cubaan sebagai persediaan ke Moscow masa musim sejuk. Ala-ala nak panaskan badan. Macam lah benda alah tu panas...cet! :P


Cubaan untuk menjadi Iron Man..hmmm..




Ida dan Green....pertama kali jumpa dorang berdua,selama ni jumpa kat Fesbuk je. Selamat datang ke Kuching dan pulang dengan kenangan terindah! Jumpa lagi!

2 comments:

NueLz said...

besar daaa budak kecik tuh...

Ms. Ceca said...

nuelz : tu lar kan..dah besor dah anak mak. tapi naper ati tetap anggap dia budak kecik lagi,tetap budak kecik di hati. :)

 

ceca Grumpy Cow