Heart-Ache Quotes

Saturday, 13 March 2010

Konsert Akademi Fantasia 8 (AF8) Pengenalan.. abis la...

Buat sekian kalinya aku cuba membuang masa aku dengan mengomen konsert-konsert dan persembahan peserta AF8.. Dan aku peduli hapa kalo aku nak beri komen yang tak adil ker..pedas ker..tipu ker..nama ja pengkritik kat rumah, so..no hal lah kan?... relax jer…kita santai sambil makan keropok ikan.

Farina – Tiada Lagi..
Awal-awal lagi dah kena tembak laser Adlin..sora sedap tapi macam biasa la takde identiti sendiri pon..
Imej/ bebaju : mak ai....dari butik pengantin mana dapat baju tuh? Rona pink segala..

Shah : Bulat bak kata Adlin, tapi bulat yang nyaring.. kalau tutup mata mesti korang tak sangka dia bulat.
Imej/bebaju : tolong la..mesti kah setiap lelaki berbaju sebegini……berkot bagai..rambut ala ala..

Anum : 19 thn dr Tawau,Sabah …nyanyi lagu Search pelesit kota
Kecik ke. Ni macam Liayana Jasmay fotostat je. Siap la ko Liyana…muahaha
Imej/bebaju : ok le dgn imej kecik dia, sora…tingkat lagi konsert hdpan, kalo tak susah la ko…

Daus : motip lagu Bye bye bye…oh no ….ko salah pilih lagu..even aku bukan dok kat bangku juri pon aku dah awal-awal lagi anggap ko dah pilih lagu. Better luck next time, tip kat sini….konsert pengenalan,konsert pertama..tolongla jangan bawa lagu boyband ye..ancuss okay….bak kata Aznil , kan dah rugi satu konsert…tak dapat orang kampong nak tolong.
Imej/bebaju : buleh ler…

Emma…. Not bad, aku tak dapat beza pon dia dengan Farina. Pemilihan lagu yang tepat tapi boring ler..sorry darling, kena ada aura, satu x factor kalo nak terus ke minggu-minggu akhir ker nak harapkan sms pengundi buta?...
Imej/Bebaju : ada lagi orang pilih baju ala ala begitu… mati la aku…larikkk


Adira : si adik kepada Emma, adakah satu strategi?..
Oh no..ni satu lagi cubaan untuk menjadi klon? Kalau tadi Daus dengan ‘boyband nya yang kureng berjaya, si Adira mencapai tahap hamper berjaya tapi tak berjaya, aku tak tau la kenapa masih nak teruskan menghadap TV kalau macam ni, benda macam ni buat cikgu vocal sakit ati je. Wahh..kunun nya aku. Pemilihan lagu yang tuuuutttttt…..say no to Stacy no 2. Coba cipta sesuatu, u know dik, sesuatu..
Imej/bebaju : okay..

Maulana
: another Bob? Maybe or not…hopefully not my dear. J
Imej/bebaju : macam sapa erk?

Aliff : Live like we dying..Mati laa….sora dah unic, tapi agak kepit. Hik hikk…buleh guna untuk kuatkan imej. Satu kelainan. Dalam bebanyak lagu bebudak lain pilih, dia berani gak pilih lagu yang tengah hot macam ni, orang tentu nak compare ngan penyanyi asal. Gaya jalan kat pentas berserabut je, ingatkan aku ngan Akim masa memula konsert AF8 dulu..
Imej/bebaju : Boleh ke orang lelaki pakai seluar ketat macam tu??..muahaha. larikkkk…

Nad : Gantung..lagu yang dia bawak, aku macam nak gantung diri cuba untuk ‘meresap’ masuk nak feel untuk lagu nih. Vokal aku tak perlu komen, okay,sederhana tapi tak cukup meletup, tak membayangi langsung penyanyi asal yang di mana ni jer bebudak lain tau buat.
Imej/bebaju : Suka dengan imej rambut pendek, at least tak la menambahkan klon-klon kat luar tuh..

Iwan : motip bawa lagu Coba , si Faizal Tahir?...satu cobaan yang agak baik…erk, awal nya nak puji. Yayyyyy…mari kita bangun dan angkat tangan melambai ke udara. Tapi di satu ketika mementang lagu nak habis, tiba-tiba keluar la satu angsa ni….ang ang..ang..part yang hig kena jaga bebetol…
Imej/bebaju : 100 % selamat… tapi mati la lepas ni akan dibandingkan dengan Noh,Hujan..

Shahir : Masalah global sekarang…perlu kah setiap insan bersuara jantan seperti Shahir ini bawa lagu jantan juga seperti artis M Nasir? Lepas ni dia bawa pulak lagu Mawi ker.. Jamal Abdillah ker.. benda ni dah jadi masalah global,jangan pandang ringan je…muahaha…aku tak komen sangat sal vocal dia kureng ke apa, bagus ke apa? Okay..kita tengok konsert akan datang.. macam tak adil nak nyalahkan dia.
Imej/bebaju : Entah entah dia sembat baju tu dari pak cik yang keja kat restoran jepun jual sushi kot……………..

Ain : Juri semasa ujibakat telah membuat keputusan yang tepat untuk memabawa Ain nih….semua pakej ada, tapi dia ada ke attitude yang disenangi penonton? Especially kalau nak tengok diari kat dalam akademi tu? Biasa la kann..orang bukan pandang bakat apa semua, kalau ko buat-buat poyo dan ayu, konpem sms undi ko mencanak naik. Terima kasih Ain kerana menyelamatkan aku yang hampir nyeyawa ikan cuba untuk bertahan tengok konsert pengenalan sampai akhir……
Imej/bebaju : kann…satu contoh gaya yang selamat… daripada ko berbaju pengantin apa semua.

Top 5 aku bagi konsert pengenalan ni..
1.Ain
2.Iwan (walau kat hujung tetiba keluar binatang bernama angsa..)
3.Shahir ( macam tak caya je aku letak kat no 3 walau tak mau sebenarnya..)
4.Emma
5.Farina ( kena tingkat kan lagi gamaknya…mana x factor?..)

Sarimah dan Jimmy…konsert AF ke ? Bukan trek selebriti dan Anugerah Bintang Popular ke ni?...

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow