Heart-Ache Quotes

Saturday, 13 March 2010

Hafiz pembuli.....

Kenapa dengan tajuk di atas?..Korang belum pon abis baca..

Sukanya aku update entry dengan cerita yang dah basi.. kisahnya bulan lepas tanggal 27 feb 2010.. sambut besday Hafiz kat pantai Sematan,Holiday Chalet ...Hafiz dah 20 tahun, dah tua. haha. lantak aku lah..aku punya blog,suka suki aku nak buat apa ngan blog aku,walhal sejak mula azali lagi blog ni asyik dok cita tentang Hafiz jah..muahaha




Hafiz macam tak caya je tengok kek dia..ada muka dia sekali kat kek tu..





Kitaorang lambat sampai sebenarnya kat pantai tu... biasa la kalau ikut jam Malaysia ni. So, agak kemalasan sedikit hendak memulakan acara dengan segera sebaik sampai. Sampai je terus kena pedajal dengan orang lain yang dah dulu sampai. Awal lagi dah di buli..huhu.. Takde banyak yang dibuat sebaik sampai, kerana dok nak ngemas bilik dan chalet. Barang-barang untuk dijadikan hadiah macam hampers dan 'door gifts' je lebih banyak dari makanan yang dibawa. Bahan-bahan untuk BBQ pada malamnya Eeza,adik Hafiz dah sediakan dah. Dalam bilik,masih lagi gigih membungkus hadiah,tak menjenguk langsung pantai dan air.

Malam tu, Hafiz dok melolong panggil nama setiap sorang yang masih terperuk kat bilik. Mana taknya, acara dah mula tapi kitaorang masih sibuk nak bergambar dalam bilik..uahaha..sorry Piz. Lepas tu,kelam kabut tolong angkat bangku kerusi pinggan mangkuk makanan dan segala..haha


Hafiz menerima buku yang mengumupulkan koleksi kisah dan pengalaman peminat Hafiz sempena hari jadinya.


Hafiz terharu menerima pemberian salah seorang peminatnya dari Kuala Lumpur, iaitu cermin mata Ray Ban..melompat dan menjerit je budak ni terima hadiah yang aku konpem dia sendiri pon tak sangka.





tiba pulak acara yang ditunggu..games bersama Hafiz...
Kononnya lah sebab Hafiz lebih banyak jadi MC dan kerjanya 'membuli kitaorang' je...muahaha. Tak aci la....patutnya birthday boy la patut kena buli. Ngek...haha
Memula adalah acara 'straw' di mana aku adalah pemenang tempat ketiga..nasib tak kena denda. Kalau kalah kena dera oleh Hafiz. Tak aci......





Acara paling lucu di mana peserta harus mengenakan dan berlumba memakai pakaian yang diberi. Gamat la malam dengan keriuhan suara peserta dengan lelaki yang terpaksa memakai skirt dan lipstick...adehh.. Pelik gak ayat aku nih"
Acara sampai ke tengah malam, malam tu bulan penuh mengambag le pulak. Tatkala sesetengah dah masuk tidur...yang tinggal teruskan dengan berkaraoke. Tapi yang tak syoknya, seseorang lupa bawa remote control untuk set karaoke. Menyebabkan mood sedikit 'suram', nak nyanyi pon kena tunggu lagu yang diminati sebab tak dapat nak pilih track. Adehh..

Pagi tu, yang lelaki je tinggal masih berdengkur di chalet tatkala yang perempuan semuanya breakfast di pasar Sematan.












Okay...biarla cerita aku pendek je,gegambar semua je aku sumbat. Selebihnya kat FB aku sendiri..

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow