Heart-Ache Quotes

Saturday, 6 March 2010

Bowling bersama Hafiz..Happy besday!

Hari ini hari sabtu..saya suka hari sabtu kerana hari sabtu banyak cerita kartun..muahaha..melalut. Baru hari ini aku ada masa nak mengeblog, tapi entry kali ni dah seminggu basi.
26/2/2010 7pm-12am Riverside,Superbowl,Kuching.
Sempena dengan harijadi Hafiz, Hafiz FC menganjurkan satu pertandingan boling. Sambutan yang diterima tersangat la menggalakkan...syukur..
Main boling bersama Hafiz dan peminat-peminat yang lain.
Dalam lif nak ke lokasi, aku selmaba je suruh mamat sorang ni tekan butang lif. Aku ingat dia tukang jaga lif rupanya bukann....adehh.. sekali dia keluar dari lif dengan muka memek. Muahaha..
Lepas tu, tunggu lagi dalam lif sampai ke tingkat 6. Dalam tu tingal berdua je, tetiba ada sorang lagi mamat berdiri sebelah aku. Punya la tergezut, apasal mamat tu magic leh berada dalam lif, tak nampak dia masuk pon.. Rupanya, alkisahnya lif tu ada pintu depan belakang..dia masuk dari pintu belakang. Tergezut mak datuk,tak tau pon lif tu ada dua pintu..


Tugas aku kali ini selain beri orang doorgift, yang di mana ada beberapa orang yang aku tak beri..hehehh..ampun ketua,hamba tak jalankan tugas dengan baik. hehe..nasib baik ada Apist dan Beb tolong. Belle sepatutnya dengan aku bertugas pulak hilangggg.....weiii.. Memula datang Amirul AF4, banyak la orang dok gerombol dia ambik gambar etc. Lama tak nampak budak ni sampai aku pon tak perasan. Lepas tu ketibaan Hafiz diumumkannn...mak aii....aku berdiri tercengang je depan Hafiz. Tak perasan budak tersengih sengih depan aku ialah Hafiz. Yalah..orang dah potong rambut pendek. Suruh trim sikit je rambut, dia tebas banyak pulak rambut, hampir tak kenal. Tak ada lagi rambut afro ituuu.....Pagi sebelum, rambut nya masih kembang. Lantak ko lah.


Kira-kira lebih 15 pasukan yang bertanding. Kira-kira 3 games semuanya. Dan 7 orang dalam setiap pasukan. Pemilihan ahli dalam setiap pasukan dibuat secara rambang oleh management Riverside Superbowl itu sendiri. Yang datang tengok lebih banyak dari yang bertanding..heheh. Games dimulakan dengan permainan strike oleh Hafiz. Cet..


Dalam kelekaan Hafiz bermain, tetiba timbul idea ni nak sembunyikan kasut yang dia pakai sebelum tu, kerana masa tu Hafiz tengah memakai kasut bowling sendiri. Hafiz mencari kasut sehingga terpaksa buat pengumuman. Kitaorang buat muka selamba.


Amirul AF4...


Hafiz juga turut menhadiahkan RM50.00 kepada peserta yang berjaya membuat triple strikes (berturut-turut...)heheh..merasa la orang itew..


sempat auto








Sementara memnunggu pengumuman pemenang, Hafiz menghiburkan hadirin dan peserta dengan salah satu lagu dari album Masih Jelas nya 'Ku Akui'. Satu kolaborasi (ada ke word ni?) special bersama peminat dari Sibu, Marina Khatijah Waili. Nyanyian Hafiz diiringi oleh sentuhan alunan keyboard yang merdu daripada Marina. Idea mengandingkan mereka berdua ni dah lama timbul sejak melihat video Marina bermain keyboard dengan lagu yang sama. So sekarang Marina dah jadi famous kat sekolah, ramai yang bertanya kat dia experince bersama Hafiz. Happy for you too, Marina.






Pasal kasut tu... heheh..akhirnya Hafiz dapat juga kasut yang'hilang' itu. Muka nampak bengang tapi sebenarnya geli hatti gak. Mungkin dia ingat orang nak beri dia hadiah istimewa sempena harijadi nya, rupa-rupanya hanyalah kasut yang dipulangkan..muahahaha....jahat.
Selain pemenang terbaik wanita dan lelaki, pasukan keseluruhan terbaik..ada gak Anugerah Juara LOngkang (AJL) MUAHAHA.. Lagi sekali, jahattt....
Aku tak ingat bila acara habis, mungkin kira-kira pukul 12 pagi atau 1 pagi.
Perut tengah lapar, so kitaorang bersama Hafiz dan family pegi lepak makan-makan di Benteng yang masih buka. Tak sodap langsung nasi goreng ayam aku pesan.
Lepas makan, singgah sekejap rumah Hafiz untuk serahkan cupcakes untuk Hafiz.


Mata dah layu..dah pagi,badan letih,tak cukup tidur masih sempat menatap cupcakes segala. 2 kotak cupcakes dari Kuala Lumpur, satu kotak daripada sepupu Hafiz sendiri. Tak lama je, sebab esok harinya nak bertolak ke Sematan pulak sambut birthday Hafiz di Holiday Chalet, Sematan.. Ada masa aku cerita yang ini pulak..

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow