Heart-Ache Quotes

Saturday, 20 March 2010

Dee-ya-ri AF

Pepagi lagi aku dah online tapi mata dah 'dingantukskan' lagi oleh komen-komen merapu oleh rakan tertentu dalam FB. Aku menyampes la ni bila orang komen kat FB guna ayat-ayat berkias. Konon nak berkias,malas nak berterus terang konon berkias itu menjadikan ayat awak lebih menarik..dan mungkin dapat menarik perhatian orang... hmm..suka ti ko la, yang engkau tak tau ialah apa yang korang suka buat tu adalah tersangat la menjengkelkan..
Ni termasuk la para blogger yang suka membuat 'penulisan' dorang ala-ala novel cinta merapu. Merapu dalam blog guna ayat berbunga-bunga paku pakis,ayat ala-ala syair Shakespeare , mati laa... Sama la macam orang yang dok mengeblog dengan stail tulisan susah dibaca. Suku sakat dorang je yang paham kekdahnya.. setiap patah perkataan disusun menjadi huru huruf yang tunggang langang aq aDalaH cEca, Aq X kEssaH dEnGaN pEr Yg Aq tA1P...
Malam ni kepada sesapa yang rajin, jom kita tengok konsert AF8...tapi sesapa yang ngidap penyakit darah tinggi n kencing manis (??) tolonglah..jangan sesekali mengabaikan nyawa anda. Baik dok tengok channel kat ANIMAX je..muahaha. Tetiba sebut sal konsert ni,ada beberapa yang aku dok hairan dengan dee-ya-ri AF8 terlintas kat otak aku yang bergeliga nih..muahaha
pertamanya..
Hobi ngadap kamera (tak payah orang suruh,sendiri yang nak buat)..
Bercakap dan mengomel seorang diri dengan aksi gediks tahap dewa planet apa ntah depan kamera.
Tujuan : Mungkin sebagai cara nak pomot diri sendiri,mungkin gak aksi spontan yang tak terancang sebenarnya,mungkin gak memang seumur hidup tak pernah bercakap dengan benda bernyawa bernama kamera nih..muahaha
keduanya...
Hobi memakai topi dalam akademi
Yang perempuan dan lelaki sama je bersaing setiap hari menunjukkan topi memasing. Dalam kelas nyanyian,tarian,lakonan apa ntah topi tu pada sesetengah pelajar dah jadi 'pakaian wajib' dorang. Rambut elok-elok dah kasi minyak,krim apa semua pakai lagi topi tuh. Tak kisah le nak pakai ke tak..tapi perlu kah setiap kali? Kesian..
Tujuan : Nak 'cover' mata yang sembap,cengkung dek tak cukup tido asyik sambung prektis hafal lagu dlm bilik tido.. Mungkin sebagai tarikan pada wanita/lelaki di luar sana yang meminati mereka yang bertopi (motip??) Atau fesyen semata-mata..biar ja la dorang tu...jangan dok kutuk je...muahaha. kannnn..
ketiganya...
tetiba bebudak tu semua kena memakai t-shirt AFUNDI..yang ada nama sendiri.
yang ni buat aku gelak tak hengat je. kira satu pengiklanan dan strategi promosi yang bagus gak. muahaha..syabas. kira rakyat Malaysia ni takkan boleh lupa gak ngan nombor sms undi mereka tuh. kannn..
Tujuan : mana da tujuan lain?..pomot..pomot..pomot...
Dan mungkin sebab tak nak penonton lupa dan tak pandai bezakan peserta AF kali ni. At least kita ingat nama si polan itu adalah polan dan tak lagi konpius dengan nama si ponen yang satu lagi tu...
keempatnya...
tagline peserta muncul lagi tetiba setelah AF7 yang lalu telah memansuhkan tagline pelajarnya. Kali ni kembali lagi di musim baru..dan terpaksa la bebudak tu semua dok perah otak (sehingga tak ingat lagi nak hafal lirik..) tentang tagline apa yang sesuai dengan diri mereka. Siap kena prektis gaya memasing tatkala nak sebut tagline.
Tujuan : Entah nya.....
**********tak sabar tengok konsert AF8,jom sedia keropok dan popcorn dulu..********

Saturday, 13 March 2010

Konsert Akademi Fantasia 8 (AF8) Pengenalan.. abis la...

Buat sekian kalinya aku cuba membuang masa aku dengan mengomen konsert-konsert dan persembahan peserta AF8.. Dan aku peduli hapa kalo aku nak beri komen yang tak adil ker..pedas ker..tipu ker..nama ja pengkritik kat rumah, so..no hal lah kan?... relax jer…kita santai sambil makan keropok ikan.

Farina – Tiada Lagi..
Awal-awal lagi dah kena tembak laser Adlin..sora sedap tapi macam biasa la takde identiti sendiri pon..
Imej/ bebaju : mak ai....dari butik pengantin mana dapat baju tuh? Rona pink segala..

Shah : Bulat bak kata Adlin, tapi bulat yang nyaring.. kalau tutup mata mesti korang tak sangka dia bulat.
Imej/bebaju : tolong la..mesti kah setiap lelaki berbaju sebegini……berkot bagai..rambut ala ala..

Anum : 19 thn dr Tawau,Sabah …nyanyi lagu Search pelesit kota
Kecik ke. Ni macam Liayana Jasmay fotostat je. Siap la ko Liyana…muahaha
Imej/bebaju : ok le dgn imej kecik dia, sora…tingkat lagi konsert hdpan, kalo tak susah la ko…

Daus : motip lagu Bye bye bye…oh no ….ko salah pilih lagu..even aku bukan dok kat bangku juri pon aku dah awal-awal lagi anggap ko dah pilih lagu. Better luck next time, tip kat sini….konsert pengenalan,konsert pertama..tolongla jangan bawa lagu boyband ye..ancuss okay….bak kata Aznil , kan dah rugi satu konsert…tak dapat orang kampong nak tolong.
Imej/bebaju : buleh ler…

Emma…. Not bad, aku tak dapat beza pon dia dengan Farina. Pemilihan lagu yang tepat tapi boring ler..sorry darling, kena ada aura, satu x factor kalo nak terus ke minggu-minggu akhir ker nak harapkan sms pengundi buta?...
Imej/Bebaju : ada lagi orang pilih baju ala ala begitu… mati la aku…larikkk


Adira : si adik kepada Emma, adakah satu strategi?..
Oh no..ni satu lagi cubaan untuk menjadi klon? Kalau tadi Daus dengan ‘boyband nya yang kureng berjaya, si Adira mencapai tahap hamper berjaya tapi tak berjaya, aku tak tau la kenapa masih nak teruskan menghadap TV kalau macam ni, benda macam ni buat cikgu vocal sakit ati je. Wahh..kunun nya aku. Pemilihan lagu yang tuuuutttttt…..say no to Stacy no 2. Coba cipta sesuatu, u know dik, sesuatu..
Imej/bebaju : okay..

Maulana
: another Bob? Maybe or not…hopefully not my dear. J
Imej/bebaju : macam sapa erk?

Aliff : Live like we dying..Mati laa….sora dah unic, tapi agak kepit. Hik hikk…buleh guna untuk kuatkan imej. Satu kelainan. Dalam bebanyak lagu bebudak lain pilih, dia berani gak pilih lagu yang tengah hot macam ni, orang tentu nak compare ngan penyanyi asal. Gaya jalan kat pentas berserabut je, ingatkan aku ngan Akim masa memula konsert AF8 dulu..
Imej/bebaju : Boleh ke orang lelaki pakai seluar ketat macam tu??..muahaha. larikkkk…

Nad : Gantung..lagu yang dia bawak, aku macam nak gantung diri cuba untuk ‘meresap’ masuk nak feel untuk lagu nih. Vokal aku tak perlu komen, okay,sederhana tapi tak cukup meletup, tak membayangi langsung penyanyi asal yang di mana ni jer bebudak lain tau buat.
Imej/bebaju : Suka dengan imej rambut pendek, at least tak la menambahkan klon-klon kat luar tuh..

Iwan : motip bawa lagu Coba , si Faizal Tahir?...satu cobaan yang agak baik…erk, awal nya nak puji. Yayyyyy…mari kita bangun dan angkat tangan melambai ke udara. Tapi di satu ketika mementang lagu nak habis, tiba-tiba keluar la satu angsa ni….ang ang..ang..part yang hig kena jaga bebetol…
Imej/bebaju : 100 % selamat… tapi mati la lepas ni akan dibandingkan dengan Noh,Hujan..

Shahir : Masalah global sekarang…perlu kah setiap insan bersuara jantan seperti Shahir ini bawa lagu jantan juga seperti artis M Nasir? Lepas ni dia bawa pulak lagu Mawi ker.. Jamal Abdillah ker.. benda ni dah jadi masalah global,jangan pandang ringan je…muahaha…aku tak komen sangat sal vocal dia kureng ke apa, bagus ke apa? Okay..kita tengok konsert akan datang.. macam tak adil nak nyalahkan dia.
Imej/bebaju : Entah entah dia sembat baju tu dari pak cik yang keja kat restoran jepun jual sushi kot……………..

Ain : Juri semasa ujibakat telah membuat keputusan yang tepat untuk memabawa Ain nih….semua pakej ada, tapi dia ada ke attitude yang disenangi penonton? Especially kalau nak tengok diari kat dalam akademi tu? Biasa la kann..orang bukan pandang bakat apa semua, kalau ko buat-buat poyo dan ayu, konpem sms undi ko mencanak naik. Terima kasih Ain kerana menyelamatkan aku yang hampir nyeyawa ikan cuba untuk bertahan tengok konsert pengenalan sampai akhir……
Imej/bebaju : kann…satu contoh gaya yang selamat… daripada ko berbaju pengantin apa semua.

Top 5 aku bagi konsert pengenalan ni..
1.Ain
2.Iwan (walau kat hujung tetiba keluar binatang bernama angsa..)
3.Shahir ( macam tak caya je aku letak kat no 3 walau tak mau sebenarnya..)
4.Emma
5.Farina ( kena tingkat kan lagi gamaknya…mana x factor?..)

Sarimah dan Jimmy…konsert AF ke ? Bukan trek selebriti dan Anugerah Bintang Popular ke ni?...

Hafiz pembuli.....

Kenapa dengan tajuk di atas?..Korang belum pon abis baca..

Sukanya aku update entry dengan cerita yang dah basi.. kisahnya bulan lepas tanggal 27 feb 2010.. sambut besday Hafiz kat pantai Sematan,Holiday Chalet ...Hafiz dah 20 tahun, dah tua. haha. lantak aku lah..aku punya blog,suka suki aku nak buat apa ngan blog aku,walhal sejak mula azali lagi blog ni asyik dok cita tentang Hafiz jah..muahaha




Hafiz macam tak caya je tengok kek dia..ada muka dia sekali kat kek tu..





Kitaorang lambat sampai sebenarnya kat pantai tu... biasa la kalau ikut jam Malaysia ni. So, agak kemalasan sedikit hendak memulakan acara dengan segera sebaik sampai. Sampai je terus kena pedajal dengan orang lain yang dah dulu sampai. Awal lagi dah di buli..huhu.. Takde banyak yang dibuat sebaik sampai, kerana dok nak ngemas bilik dan chalet. Barang-barang untuk dijadikan hadiah macam hampers dan 'door gifts' je lebih banyak dari makanan yang dibawa. Bahan-bahan untuk BBQ pada malamnya Eeza,adik Hafiz dah sediakan dah. Dalam bilik,masih lagi gigih membungkus hadiah,tak menjenguk langsung pantai dan air.

Malam tu, Hafiz dok melolong panggil nama setiap sorang yang masih terperuk kat bilik. Mana taknya, acara dah mula tapi kitaorang masih sibuk nak bergambar dalam bilik..uahaha..sorry Piz. Lepas tu,kelam kabut tolong angkat bangku kerusi pinggan mangkuk makanan dan segala..haha


Hafiz menerima buku yang mengumupulkan koleksi kisah dan pengalaman peminat Hafiz sempena hari jadinya.


Hafiz terharu menerima pemberian salah seorang peminatnya dari Kuala Lumpur, iaitu cermin mata Ray Ban..melompat dan menjerit je budak ni terima hadiah yang aku konpem dia sendiri pon tak sangka.





tiba pulak acara yang ditunggu..games bersama Hafiz...
Kononnya lah sebab Hafiz lebih banyak jadi MC dan kerjanya 'membuli kitaorang' je...muahaha. Tak aci la....patutnya birthday boy la patut kena buli. Ngek...haha
Memula adalah acara 'straw' di mana aku adalah pemenang tempat ketiga..nasib tak kena denda. Kalau kalah kena dera oleh Hafiz. Tak aci......





Acara paling lucu di mana peserta harus mengenakan dan berlumba memakai pakaian yang diberi. Gamat la malam dengan keriuhan suara peserta dengan lelaki yang terpaksa memakai skirt dan lipstick...adehh.. Pelik gak ayat aku nih"
Acara sampai ke tengah malam, malam tu bulan penuh mengambag le pulak. Tatkala sesetengah dah masuk tidur...yang tinggal teruskan dengan berkaraoke. Tapi yang tak syoknya, seseorang lupa bawa remote control untuk set karaoke. Menyebabkan mood sedikit 'suram', nak nyanyi pon kena tunggu lagu yang diminati sebab tak dapat nak pilih track. Adehh..

Pagi tu, yang lelaki je tinggal masih berdengkur di chalet tatkala yang perempuan semuanya breakfast di pasar Sematan.












Okay...biarla cerita aku pendek je,gegambar semua je aku sumbat. Selebihnya kat FB aku sendiri..

Saturday, 6 March 2010

Bowling bersama Hafiz..Happy besday!

Hari ini hari sabtu..saya suka hari sabtu kerana hari sabtu banyak cerita kartun..muahaha..melalut. Baru hari ini aku ada masa nak mengeblog, tapi entry kali ni dah seminggu basi.
26/2/2010 7pm-12am Riverside,Superbowl,Kuching.
Sempena dengan harijadi Hafiz, Hafiz FC menganjurkan satu pertandingan boling. Sambutan yang diterima tersangat la menggalakkan...syukur..
Main boling bersama Hafiz dan peminat-peminat yang lain.
Dalam lif nak ke lokasi, aku selmaba je suruh mamat sorang ni tekan butang lif. Aku ingat dia tukang jaga lif rupanya bukann....adehh.. sekali dia keluar dari lif dengan muka memek. Muahaha..
Lepas tu, tunggu lagi dalam lif sampai ke tingkat 6. Dalam tu tingal berdua je, tetiba ada sorang lagi mamat berdiri sebelah aku. Punya la tergezut, apasal mamat tu magic leh berada dalam lif, tak nampak dia masuk pon.. Rupanya, alkisahnya lif tu ada pintu depan belakang..dia masuk dari pintu belakang. Tergezut mak datuk,tak tau pon lif tu ada dua pintu..


Tugas aku kali ini selain beri orang doorgift, yang di mana ada beberapa orang yang aku tak beri..hehehh..ampun ketua,hamba tak jalankan tugas dengan baik. hehe..nasib baik ada Apist dan Beb tolong. Belle sepatutnya dengan aku bertugas pulak hilangggg.....weiii.. Memula datang Amirul AF4, banyak la orang dok gerombol dia ambik gambar etc. Lama tak nampak budak ni sampai aku pon tak perasan. Lepas tu ketibaan Hafiz diumumkannn...mak aii....aku berdiri tercengang je depan Hafiz. Tak perasan budak tersengih sengih depan aku ialah Hafiz. Yalah..orang dah potong rambut pendek. Suruh trim sikit je rambut, dia tebas banyak pulak rambut, hampir tak kenal. Tak ada lagi rambut afro ituuu.....Pagi sebelum, rambut nya masih kembang. Lantak ko lah.


Kira-kira lebih 15 pasukan yang bertanding. Kira-kira 3 games semuanya. Dan 7 orang dalam setiap pasukan. Pemilihan ahli dalam setiap pasukan dibuat secara rambang oleh management Riverside Superbowl itu sendiri. Yang datang tengok lebih banyak dari yang bertanding..heheh. Games dimulakan dengan permainan strike oleh Hafiz. Cet..


Dalam kelekaan Hafiz bermain, tetiba timbul idea ni nak sembunyikan kasut yang dia pakai sebelum tu, kerana masa tu Hafiz tengah memakai kasut bowling sendiri. Hafiz mencari kasut sehingga terpaksa buat pengumuman. Kitaorang buat muka selamba.


Amirul AF4...


Hafiz juga turut menhadiahkan RM50.00 kepada peserta yang berjaya membuat triple strikes (berturut-turut...)heheh..merasa la orang itew..


sempat auto








Sementara memnunggu pengumuman pemenang, Hafiz menghiburkan hadirin dan peserta dengan salah satu lagu dari album Masih Jelas nya 'Ku Akui'. Satu kolaborasi (ada ke word ni?) special bersama peminat dari Sibu, Marina Khatijah Waili. Nyanyian Hafiz diiringi oleh sentuhan alunan keyboard yang merdu daripada Marina. Idea mengandingkan mereka berdua ni dah lama timbul sejak melihat video Marina bermain keyboard dengan lagu yang sama. So sekarang Marina dah jadi famous kat sekolah, ramai yang bertanya kat dia experince bersama Hafiz. Happy for you too, Marina.






Pasal kasut tu... heheh..akhirnya Hafiz dapat juga kasut yang'hilang' itu. Muka nampak bengang tapi sebenarnya geli hatti gak. Mungkin dia ingat orang nak beri dia hadiah istimewa sempena harijadi nya, rupa-rupanya hanyalah kasut yang dipulangkan..muahahaha....jahat.
Selain pemenang terbaik wanita dan lelaki, pasukan keseluruhan terbaik..ada gak Anugerah Juara LOngkang (AJL) MUAHAHA.. Lagi sekali, jahattt....
Aku tak ingat bila acara habis, mungkin kira-kira pukul 12 pagi atau 1 pagi.
Perut tengah lapar, so kitaorang bersama Hafiz dan family pegi lepak makan-makan di Benteng yang masih buka. Tak sodap langsung nasi goreng ayam aku pesan.
Lepas makan, singgah sekejap rumah Hafiz untuk serahkan cupcakes untuk Hafiz.


Mata dah layu..dah pagi,badan letih,tak cukup tidur masih sempat menatap cupcakes segala. 2 kotak cupcakes dari Kuala Lumpur, satu kotak daripada sepupu Hafiz sendiri. Tak lama je, sebab esok harinya nak bertolak ke Sematan pulak sambut birthday Hafiz di Holiday Chalet, Sematan.. Ada masa aku cerita yang ini pulak..

Tuesday, 2 March 2010

Happy Besday Hafiz! azam baru : rambut sudah luruh..huhu

Terlambat ke aku nyumbatkan entry terbaru ni? Hafiz baru saja genap 20 tahun pada 27 Feb lepas .. Bak kata Hafiz sendiri dah akil baligh. Motip?
Dan pada sehari sebelum besday juga Hafiz buat pertama kali nya ( actually dulu pon ada gak cuma kali ni , inilah pertama kali selepas bergelar artis rambut budak ni semakin pendek ) Dulu dok sekembang sebesar kuali kat dapur aku je. Tetiba je budak ni buat transformasi kat rambut dia. Buat orang terkejut beruk beruang je..So..pendapat korang?
Hah,lepas ni mugkin ada yang dok ngumpat Hafiz mungkir janji. Kononnya dulu tak akan potong rambut pendek sebab itukan 'rambut cari makan' dia... Okay la tu, takkan asyik berambut panjang je. Rambut pendek bukannya tak boleh tumbuh balik. Kalau asyik dok memanjang je, alamat nya macam mana nak makan kalau rambut dah panjang terus menutup mata dan mulut. *Rambut cari makan*







Pada malam selepas pertandingan bowling bersama Hafiz anjuran Hafiz FC sendiri, Hafiz dalam dok mata kuyu nak tido , sempat di'hidangkan' dengan cup cakes sempena harijadi nya.. Emm..aku takde apa lagi nak taip nih.. lain kali kalau aku ada masa, aku ceritakan sekali permainan bowling dan sambutan 'beach party' harijadi Hafiz Sabtu lepas.. Bnayak lagi gambar aku belom upload dalam FB.


Cantik tak cupcakes Hafiz? Hua hua hua.. bapak dia geleng kepala..huahua.. coba teka mana satu yang Hafiz makan?
 

ceca Grumpy Cow