Heart-Ache Quotes

Thursday, 17 June 2010

KITA the Musical - Sinopsis dan Info..Jom tengok!

Adila (Ayu),Amy Wang(Chun Moi),Eric Lin(Cheong),
Hafiz(Rahman) dan Michael Rao(Amish)
Malam nih KITA the Musical bakal membuka tirai nya...... (aisehh..ayat skema pembaca berita tv..heheh..) Teater muzikal yang sapa yang belom maklum ialah diinspirasikan dari slogan 1Malaysia. Jadi tentuler watak-wataknya terdiri daripada perlbagai kaum..all in one,cukup perencah.

Teater yang kebanyakan watak utamanya ialah dorang yang baru lagi..bakat baru (terutama Hafiz hehehh..) nih diarahkan oleh Ho lin Huay.

Mari baca sinopsis nyer dulu...cek kedaut!
Latar belakang masa...awal 1970an..
Korang tau kan Menara Teluk Intan? Dorang tiga sekawan ni Rahman,Cheong dan Ganesh (bukan three stooges ye..) jejalan la dekat sekitar Menara Teluk Intan tuh, tetiba satu binatang bernama naga nih terbang dekat menara tuh. Dorang pon takut tapi kagum sikit..tapi alahh...rupa-rupanya hanyalah mimpi semata-mata. Sedar dari mimi tuh dorang sebenarnya berada kat tengah2 kesibukan pekan dekat tuh gak.


Jom kenali watak Cheong...si Eric Lin..

Cheong nih anak tunggal tauke kedai ubat tradisional cina..yang berasal dari China..tapi anak beranak nih tak dapat get along la sentiasa..ada masalah komunikasi sebab bapak dia nih tak banyak cakap gak. Strict lak tuh...cian Cheong kann..

Si Amish nih pulak (Michael Rao) tinggal ngan nenek dia Naini kat sebuah estet getah.. Budak nih pandai kat sekolah,orang kampung bangga kat dia. Kira dia nih yang paling pandai la kat kampung tuh,harapan keluarga katanya...good boy. Tapi dia pon jatuh cintan ngan kakak Cheong,Chun Moi dalam diam-diam..heheh..


Dan si Rahman (Hafiz ler..), anak si penghulu kampung..Dato'Jalaluddin Hassan pegang watak sebagai Pak Hassan,bapak si Rahman. Rahman jatuh cintan ngan gadis kampung ayu sorang nih..nama pon Ayu dibawakan oleh Nas Adila. Oleh kerna Ayu nih buta huruf cikit,Rahman offer diri le ajar dia membaca menulis bagai.

Tapi bapak Rahman ninggal dunia lak pulak..(hishh..awal awal lagi dah bagitau). So sedih sangat le Rahman lagipon dorang anak beranak rapat. Cian..

Pastuh dorang tiga sekawan cadang nak tubuhkan satu kumpulan bernama KITA. Dorang nak join pertandingan nyanyian 'Bintang Malaysia' yang dibuat di ibu kota katanya..


TARIKH /
MASA
17/06/2010 (Khamis)
8:30 PM
18/06/2010 (Jumaat)
8:30 PM
19/06/2010 (Sabtu)
8:30 PM
20/06/2010 (Ahad)
3:00 PM
21/06/2010 (Isnin)
REHAT
22/06/2010 (Selasa)
8:30 PM
23/06/2010 (Rabu)
8:30 PM
24/06/2010 (Khamis)
8:30 PM
25/06/2010 (Jumaat)
8:30 PM
26/06/2010 (Sabtu)
8:30 PM
27/06/2010 (Ahad)
8:30

Istana Budaya
Tarikh:17 - 27 Jun 2010
Masa:3.00pm (20 Jun 2010)
8.30pm (17 - 27 Jun 2010)


Tiket
:
RM38, RM88, RM108, RM148, RM188 & RM288.

Tempahan/Pembelian Online
www.axcess.com.my
AXCESS Hotline : 03 - 7711 5000
************************
semua foto kat atas ai kredit kat Eric Lin n http://www.hafizfc.blogspot.com/
hoorayy..

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow