Heart-Ache Quotes

Sunday, 23 May 2010

Akademi Fantasia 8 a.k.a Akademi KRU dah abess...sobs sobss..

OK...Akademi KRU dah berakhir...eh..salah, Akademi Fantasia musim ke 8 dah abis..tak sedar plak dah abis. J mmm..aku memang ada tengok live malam tadi. Live kat TV..best giler dok nonton sambil goyang kaki kunyah nasi. (kantoi la aku makan sambil tengok tv..) huahua..

Ingat tak dulu aku pernah mengomen and mencarut pasal tirai AF8..?heheh..bunyi macam la blog aku ramai followers..erk. (nak muntah hijau *_*) Masa tu excited gilerrrr aku, ingat nak meriahkan’ blog nih dengan mengomen atau mencarut sal konsert2 mingguan AF8,tapi ...aku hanya sempat nulis (taip) sal konsert tirai n konsert pertama je. Pastu aku jadi hangat-hangat taik itik..huahua...kosserr nak mengomen lagik. Iman aku tak cukup kuat nak menonton konsert atau diari kali nih.

Konsert akhir malam tadi.. err..kenapa aku tak tergezut tengok stage yang ciput je tu? Ker...dorang guna stage yang sama semasa mingguan? Huahua..takpe la, dorang just nak mencapai matlamat kerajaan soh rakyat jelata nya berjimat cermat. Stage besar pon takde pekdahnya,nyemak je..

Kritikan membina dari aspek persembahan dan nyanyian tuh serahkan pada yang arif la..aku tak layak nak mengomen. Huahua..kerna aku hanya layak mengomen yang ciput-ciput jek. Hhehe..meh tengok bawah apa aku nak komen..percayalah,takde kritikan berbau bias punya...korang pemniat AF8 boleh baca dengan aman...peace ! J

Pemsembahan pembukaan..memang ada unsur meletup kat situ..satu kezutan yang buat jantung bergegar senantiasa. ‘Fire cracker here and there’ Seronok tengok,siap ada jelmaan setan-setan berbaju merah kat stage nan kecik tuh. Huhu..menakotkannn.... oleh kerana aku takot nak tengok setan-setan tuh transform nak jadi jelmaan apa entah,aku pon membawa diri ke dapur panaskan air,bancuh air..buat kopi dan rehat sebentar bersama Kit Kat. Pastu lega sikit bila muncul pengacara serasi Sarimah dan Jimmy muncul kat stage...


DAUS
-Kenapa
-Doktor Pakar Cinta

Persembahan Daus lagu baru tuh...’Kenapa’? Dengan lompat sana lompat sini sangat menghibur..hilang stress tengok. Bak kata Ahkak Ning..’jangan berhenti berjoget’ huahua...buruknya perangai Adlin beri komen ala-ala je... memang dia menanti persembahan yang macam mana lagi ye? Daus boleh dikatakan penyelamat sebab energy dia tuh..orang lain ada macam dia? Nan hado kann?..Lupa lak, tak boleh puji lebih lebih ..
Lagu pertama Doktor Pakar Cinta tuh heheh..kecian dapat lagu macam nih..

IWAN
-V.I.P
-Relaku Pujuk
Best gak lagu baru tuh...sebest best lagu tuh pon sebenarnya aku tak berapa nak ‘tangkap’ lagi..huahua.. Final nih banyak kezutan kann? :P Siap tampilkan si Tam Spider tetiba muncul dari belakang..’tergezut’ muka Iwan..huahua.. (Tam dah makin gumuk) Seingat aku final AF tak pernah dorang ajak penyanyil lain duet ngan finalist..kalao aku salah,sila betulkan. Sangat takde pekdahnya jemput Tam tuh...Iwan sorang pon dah cukup terer bawa lagu tuh sorang2. Terdesak sangat nak bawa kelainan bermacam-macam final kali nih..alahai aku sungguh tergezut dan terhibur.

MAULANA
-RSVP
-Susun Silang Kata
Aku rasa lagu baru dia nih akan meletop kat carta hanya kerana lagu ni sangat relax dan dapat didengar berulang ulang kali. Biar je lah dia nak ubah lagu-lagu kepada ‘jazzie’ nyer...dah tu minat dia nak halang buat apa. Periuk nasi dia jugak..banyak member aku tak suka dia bawak Susun Silang Kata tu cara dia, bagi aku okey je.. kot nanti orang kata dia kopipes Aizat lak..apa yang Aizat nak makan nanti? Huahua..

ADIRA
-Ku Ada Kamu
-Tiru Macam Saya

Sangat menyakitkan minda tengok datin Lisdawati buat ‘the grand entrance’ ...macam nyemak jek..tak perlu lah.. buat diri sendiri jadi badut je. Oh ya..aku suka baju Adira masa bawa lagu Tiru Macam Saya..cute sangat. Huahua.. Adoi...perlukah rambut palsu panjang bagaiii??..Okey apa dengan imej sedia ada. Setiap kali kalau nak tampil anggun pakai dress panjang kena berambut panjang gak ke? Cett.. Persembahan bebudak masa lagu ‘Ku Ada Kamu’ tu dah beratus-ratus kali penyanyi lain pernah buat. Tapi at least la dorang tak suruh bebudak tu slide buat tarian ballet kat stage keliling Adira tuh..huahua. Okey...tepuk tangan untuk Adira yang vokalnya memang power..ada can AJL kali ni tak?hehe..

SHAHIR
-Kebahagiaan Dalam Perpisahan
-Biru Mata Hitamku

Dua-dua lagu yang Shahir bawak kali nih sebenarnya tak mencabar dia langsung. Sangat kacang hijau. Tapi lupa lak...ni kan final..buat apa nak tangung risiko bagai..kan? Baju semasa nyanyian Biru Mata Hitamku tuh...err...huahua...(lupakan je...) Yang bestnya tentu ler..chorus lagu baru Shahir..sapa setuju sila angkat kaki!

Macam tak perlu je dorang tampilkan bebudak yang dah kena kick-out tuh nyanyi..pemilihan lagu pon agak hampagas.. Naper dorang tak pakai baju cantik2 ek? Lupa lak..kena jimat kos. Fuhh..lap peluh.
Geram ngan pakcik kamera yang tak ambik shot’’ dari angle pelbagai kat para fc yang wat tarian menuju puncak ciput apa menda tuh kat tepi stage. Macam kedekut sangat nak showkan dorang,susah2 je dapatkan tiket percuma.
Pastu ada lagu ayam brands daripada HAFIZ (sengaja diboldkan..hehe), Hou Ren dan Akim. Aku suka yang ni berbanding persembahan bebudak yang dah terkeluar tuh. Kann..

Okey...abis dah..pemenang nyer..NO 1..Shahir...(sekejap je Shahir berucap dah dipotong Jimmy bagi laluan kat tok Pengetua)..
Sib baik lagu-lagu banyak yang best dari dorang..vokal paling best ialah Hafiz. Huhuahua...kan aku dah kata,aku tak bias kat mana-mana pelajar AF8....:p


3 comments:

Anonymous said...

Sy tak tgk af8..kurang menarik...tak de ummpp..tp tiap org ade pendapat masing2...

Ms. Ceca said...

kann anon....mmg tahun nih x brapa sangat la AF,hanya kerana pengetua nya syok sndiri yg mjadi mangsa bebudak tuh. aku hanya sedar dah nak final kira2 seminggu sebelom,semakin malas n lupa tgk diari mingguan.

Ms. Ceca said...
This comment has been removed by the author.
 

ceca Grumpy Cow