Heart-Ache Quotes

Sunday, 4 April 2010

3 Hari..

3 hari tak bekerja..tak da apa yang special or luarbiasa yang aku buat. dan sekarang pun aku sedang menahan rasa bosan ini. Semua plan tak menjadi, buat aku geram tak da mood nak rancang lagi. Sungguh bosan bila orang tak beri kerjasama atau plan terpaksa ditangguhkan. Dalam masa 3 hari ini, aku ingat nak bawa family aku adik,mak,bapak aku gi satu tempat, nak belanja dorang makan sempena harijadi mak dan adik aku. Tapi dalam masa 3 ari ni langsung tak dapat buat. Bosan tau bila asyik tak jadi je oleh benda lain. Tangguh-tangguh je. Adik aku buat poyo je.


Jumaat

Entah apa yang aku buat masa tu, tak ingat pon.. (??)


Sabtu

Yang ini aku ingat kerana masa tu aku dok rumah je mengemas bilik seharian (konon ler..) Hujan je kat luar,lebat. Jadi aku dok selongkar la bilik tiba-tiba terjumpa lak satu harta karun ni. Buku aku. Bukan sebarang buku..seingat aku, itu la buku pertama aku,buku cerita pertama aku. Bedtime story kononnya. Bila aku belek-belek..muahaha..di sana sini mesti ada contengan tulisan sapa entah kat tepi atau atas perkataan dengan terjemahan dalam bahasa malaysia. Buku tu tajuknya In the Park, rasanya salah satu sebab aku minat ngan buku ni dulu sebab dalam tu very da kalerpul kot.. Hihi..





Aku sayang ngan buku ni, jadi harusla kann kena jaga bebaik

buku ni kalau takut jatuh ke tangan anasir-anasir jahat. Muahhaha..sapa lak tu..



Aku perasan sekor anjing liar ni dok berteduh depan rumah aku, kat tempat kereta..so biar je lah.. Kecian gak aku ngan anjing tu,sengaja aku biarkan gate depan terbuka so senang la mana-mana binatang (tak termasuk manusia) untuk tumpang berteduh kat luar rumah aku. Anjing macam ni takde tuan punya, dan aku yang ada hati perut ni (angkat bakul sendiri) biarkan je la anjing tu. Bukannya kacau aku pon. Takda faedahnya nak menghalau.



Oleh kerana cuaca sangat tak best di luar tu, aku selain mengadap fb, jadi jurukamera kucing-kucing aku gak. Mana-mana yang tak pandai beri pose cantik, aku paksakan... Mana-mana yang sedia pandai berposing,aku snap snap snap snap sana situ. Kann...sungguh berfaedah kerja aku ini daripada aku ambik gambar or skodeng orang beromen kat taman bunga lalalalala...

Gambar-gambar kucing tu aku masuk dalam FB dan buat pertunjukkan kat kengkawan aku yang sudi. Entah mana lebih susah, ambik gambar manusia ke binatang..

Salah satu sebab aku ambik gambar kekucing tu pon sebab aku nak simpan,print dan rekodkan. Bercadang nak buat name tag untuk kucing aku. (Giler ke....dah takde kerja lain ke?)

Aduh..bosan sebenarnya, tak tau la apa lagi nak dibuat




Malamnya gi church menyambut Easter Vigil..sempat snap snap sana sini, lepas tu tak tau pon nak buat apa ngan gambar ni..hmm..





Kengkawan aku yang sempat aku snap..lepas tu entah macam mana

la dorang ni nanti jumpa gambar ni, dorang ni bukan ada FB pon..


Ahad

Tetiba je aku nak menceburkan diri ke bidang Tweet mengeTweet nih ..

Jadi aku pegi ler ke laman Twitter nih dan cuba sedaya yang mampu mendaftar kan diri. WT...macam mana ek guna benda binatang tak berhidung ni?..sesungguhnya aku cepat mengalah, jadi selepas mendaftar dan menjelajah''..tak sampai beberapa minit aku rasa nak mengundurkan diri dari dunia Twitter. Cukup la ngan FB je..huhu..

Berlambak benda macam ni aku dah dah daftar...hasilnya hanya FB je yang aku aktif walau friends cuma 300+ je..muahaha







***** Ler ...semalam aku tak tengok konsert AF rupanya..

Tapi.. nasib la aku tak tengok. **

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow