Heart-Ache Quotes

Thursday, 15 April 2010

Hafiz AF7 jadi pemburu??

Haha..another boring Saturday..tapi ini lah wtu aku untuk mengupdet blog aku.. Lepas meghadiri majlis makan malam mengutip derma di Penview Sabtu lepas,selasa 13/4/2010 pun ada gak acara yang sama. Tapi kali ini, sempena malam penghargaan kepada peserta seminar ..walau aku bukan salah seorang peserta pon..


Tapi pertama kali nya aku mengikuti majlis yang bertemakan Safari Nite ini..so haruslah bershopping gamaknya cari baju yang seswai dengan tema kekdahnya.. Aku terjumpa selendang bercorak harimau bintang ni, so..aku sambar je lah,the lilitkan di leher .
Ya..penyanyi jemputan malam itu tak lain tak bukan ialah Hafiz. Sehingga kat tiket pon terpampang muka Hafiz ngan seluar merah nya itu..(**berpeluh-peluh)
Doorgifts kitaorang dapat adalah barangan dari Bodyshop..vile of perfume,lotion dan shower gel. Hahahaha..(ketawa mengilai..) , tepat mengikut citarasa..ambik ko!


Dah namanya pon Safari..penari yang menghiburkan tetamu ialah penari yang terdiri dari students yang diimport khas dari Universiti Swinburne. Tarian yang dorang ni persembahkan berasal dari negara dorang lah juga. So..babak-babak dimana dorang ni goyang-goyang punggung hadapan VIP sangat la err... Ker..penganjur ta ambik pot pon pasal hal yang menyentuh sensitiviti nih..haha..tak kisah sangat pon.
Selain persembahan dari peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan, acara yang ada ialah sesi karaoke (tak ingat la sangat..ada ker?) persembahan daripada band dari mana entah dan persembahan daripada Hafiz. Dia bawa 4 lagu masa tu.
Masih Jelas,Noktah Cinta,duet Terlanjur Cinta dan I believe I Can Fly.

Hafiz turun mencari mangsa..


Hafiz : i believe i can fly...

Masa lagu pertama, Hafiz cari orang yang volunteer nak nyanyi duet dengannya , lagu Terlanjur Cinta. Muncullah seorang minah ni....kata sangat tahu lagu ni,tapi apa entah setiap lagu ygdia sebut pon kitaorang tak tahu. Hanya yang aku tahu..telinga aku mengeluarkan darah je tatkala dia membuka mulut. Sepatah haram pon tak tahu,lagak ja lebih..(wahhh...statement jelez kah ini?....) Rasa nak baling gelas dan hadiahkan 'meja terbang' untuk minah tu ja aku ingat..hmm.

Minah zebra..ahaha


Haha..mamarazzi sedang merazzi..


Kot semangat nya menyanyi ..







Lepas tamat semuanya..acara melepak di lobby pon bermula..ni tak puas lagi,belum nak tido..
Selepas bertukar pakaian, Hafiz turn dari biliknya untuk menghantar ole-ole dari KL,barang tu pon nasib baik masih dalam keadaan selamat dan tak hilang dari jagaan Hafiz.. (aku mengumpat Hafiz ker?..larikkkk.......)

acara mengumpat kekdahnya..


bersama VIP Dato'Maznah..



Hoho..ini lah gambar yang bersangkut paut ngan tajuk entri kali ini. Nope..Hafiz bukan pemburu harimau..ini adalah gimik semata-mata. Takda kaitan dengan yang hidup atau jiran yang hidup sebelah rumah kau.
Hanya kerana kita yang paksa' dia bergamnbar dengan kepala rimau itu..konon nak cari gambar eksklusif. (hah..xclusif ker??..)
Bye Hafiz!


*********************************
Hoh,entri aku tak tersusun dan kemas lagi. Sangat bermotifkan orang yang malas mengupdate blog sendiri.












Sunday, 11 April 2010

Entri ini takde tajuk...

Aku kuar rumah tadi, pekena ABC Air Batu Campur (macam lirik lagu budak tadika lak..) , Kuching sejak akhir-akhir ni jadi mangsa pemanasan global, yang dimana cuaca macam ni lah yang akan menguntungkan para penjaja cendol,air batu campur atau Pakcik Bujai yang jual ice cream tepi sekolah tuh... Memandangkan aku ni hantu roti canai telur ( dunia ni macam-macam jenis hantu ada..) , so aku order la sekali roti tuh, sebelum beli, ko kenalah kenyitkan mata dulu, (ehek..) kot-kot ada lah mamat buat roti tu tambah telur lebih sikit.. :P (aku tipu je lah..)



















Hish..aku dah macam blogger lain lak yang suka tepek gambar-gambar makanan kat blog dorang.. Macam dah jadi satu ikutan kan?hmm.. larikk...






Dan macam satu ikutan kannn dengan
bergambar depan cermin, tangan
pegang kamera..ko bergambar kat bilik tidur,bilik air..
asal tempat ada cermin je... Larikkkk....
Eh..malam tadi aku habiskan masa aku dengan kuar ngan sepupu sepapat dan mak aku gi dinner ke satu hotel ni..ala..dinner anjuran persatuan penduduk dari satu perumahan..(berahsia sangat ngan nama ni..)
Majlis bermula kul 6.30 petang tapi aku ngan mak aku buat muka selamba cekodok je datang hampir pukul 8 malam.. pastu susah cari tempat letak kereta, kena letak kereta jauh dari hotel..ambik ko,penangan datang lambat.



Err..ni sepupu aku..err..mati la aku,motip aku
nak tepek pic dia ni kat sini?..
Larikkkkkk.......











Pastu, dah la datang lambat..mak aku asyik tanya pelayan muka seposen tu ambik kan air dan gelas dia. Bangku ada 10, tapi gelas ada 9 je..ada di curi kah atau memang kesilapan pelayan muka seposen tu?
Nak beri senyuman sikit pon salah, buat muka seposen dua posen je..tu tak termasuk sekali hampir tumpahkan air kat aku. Pastu bukan nak minta maap pon, makin buat muka seposen jer.. Kedua kali, tumpahkan air kat orang meja sebelah..hoho..pelayan yang sama gak... Aku kira dia bukanlah pelayan baru, tapi yang ni muka memang nampak macam pelayan senior..apa kesss?
Haha..aku ni datang bulan ker sampai nak mengentam pelayan pelayan ni..hihih..minta maap.




















Kacau je makcik dukung anak tepi tu..













Acara-acara yang ada malam tu...poco-poco la..(bosan dowh..),sesi karaoke..eh, si S.Jibeng celup pon ada gak. Nyanyi macam tiang lampu tepi jalan depan umah aku,pastu pakai spec hitam ..haha..layannnn...

Haha..last but not least...pic muka-muka ceria duduk kat table 14..hoho.. ambik ko..angkat bakul.
**********Sekian la diari aku yang versi 'boleh baca oleh semua ini...************ next week buat lagi.hahaha

Sunday, 4 April 2010

3 Hari..

3 hari tak bekerja..tak da apa yang special or luarbiasa yang aku buat. dan sekarang pun aku sedang menahan rasa bosan ini. Semua plan tak menjadi, buat aku geram tak da mood nak rancang lagi. Sungguh bosan bila orang tak beri kerjasama atau plan terpaksa ditangguhkan. Dalam masa 3 hari ini, aku ingat nak bawa family aku adik,mak,bapak aku gi satu tempat, nak belanja dorang makan sempena harijadi mak dan adik aku. Tapi dalam masa 3 ari ni langsung tak dapat buat. Bosan tau bila asyik tak jadi je oleh benda lain. Tangguh-tangguh je. Adik aku buat poyo je.


Jumaat

Entah apa yang aku buat masa tu, tak ingat pon.. (??)


Sabtu

Yang ini aku ingat kerana masa tu aku dok rumah je mengemas bilik seharian (konon ler..) Hujan je kat luar,lebat. Jadi aku dok selongkar la bilik tiba-tiba terjumpa lak satu harta karun ni. Buku aku. Bukan sebarang buku..seingat aku, itu la buku pertama aku,buku cerita pertama aku. Bedtime story kononnya. Bila aku belek-belek..muahaha..di sana sini mesti ada contengan tulisan sapa entah kat tepi atau atas perkataan dengan terjemahan dalam bahasa malaysia. Buku tu tajuknya In the Park, rasanya salah satu sebab aku minat ngan buku ni dulu sebab dalam tu very da kalerpul kot.. Hihi..





Aku sayang ngan buku ni, jadi harusla kann kena jaga bebaik

buku ni kalau takut jatuh ke tangan anasir-anasir jahat. Muahhaha..sapa lak tu..



Aku perasan sekor anjing liar ni dok berteduh depan rumah aku, kat tempat kereta..so biar je lah.. Kecian gak aku ngan anjing tu,sengaja aku biarkan gate depan terbuka so senang la mana-mana binatang (tak termasuk manusia) untuk tumpang berteduh kat luar rumah aku. Anjing macam ni takde tuan punya, dan aku yang ada hati perut ni (angkat bakul sendiri) biarkan je la anjing tu. Bukannya kacau aku pon. Takda faedahnya nak menghalau.



Oleh kerana cuaca sangat tak best di luar tu, aku selain mengadap fb, jadi jurukamera kucing-kucing aku gak. Mana-mana yang tak pandai beri pose cantik, aku paksakan... Mana-mana yang sedia pandai berposing,aku snap snap snap snap sana situ. Kann...sungguh berfaedah kerja aku ini daripada aku ambik gambar or skodeng orang beromen kat taman bunga lalalalala...

Gambar-gambar kucing tu aku masuk dalam FB dan buat pertunjukkan kat kengkawan aku yang sudi. Entah mana lebih susah, ambik gambar manusia ke binatang..

Salah satu sebab aku ambik gambar kekucing tu pon sebab aku nak simpan,print dan rekodkan. Bercadang nak buat name tag untuk kucing aku. (Giler ke....dah takde kerja lain ke?)

Aduh..bosan sebenarnya, tak tau la apa lagi nak dibuat




Malamnya gi church menyambut Easter Vigil..sempat snap snap sana sini, lepas tu tak tau pon nak buat apa ngan gambar ni..hmm..





Kengkawan aku yang sempat aku snap..lepas tu entah macam mana

la dorang ni nanti jumpa gambar ni, dorang ni bukan ada FB pon..


Ahad

Tetiba je aku nak menceburkan diri ke bidang Tweet mengeTweet nih ..

Jadi aku pegi ler ke laman Twitter nih dan cuba sedaya yang mampu mendaftar kan diri. WT...macam mana ek guna benda binatang tak berhidung ni?..sesungguhnya aku cepat mengalah, jadi selepas mendaftar dan menjelajah''..tak sampai beberapa minit aku rasa nak mengundurkan diri dari dunia Twitter. Cukup la ngan FB je..huhu..

Berlambak benda macam ni aku dah dah daftar...hasilnya hanya FB je yang aku aktif walau friends cuma 300+ je..muahaha







***** Ler ...semalam aku tak tengok konsert AF rupanya..

Tapi.. nasib la aku tak tengok. **
 

ceca Grumpy Cow