Heart-Ache Quotes

Thursday, 6 August 2009

Industri muzik dan filem Malaysia...

eeeuuuww....pepagi makan mi jawa..dah tu mi jawa dah sejuk (sapa suh malas panaskan balik??)
sampai tahap aku tak mok makan mi jawa lagi untuk 2 ..3 bulan seterusnyer...(ceh). dalam keboringan aku..terjumpa lak satu website nih dgn isi kandungannya sekali..yang buat i tergelak di petang yang panas - panas nih..(kita minum coke dulu..) . salah satunye i nak tempek kat sini untuk sekadar menyemakkan blog i yang sememangnya dah semak nihh...enjoyy..

1. Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat... = TITEKPUSPA
2. Penyanyi yang paling demand... = HETTY COST ENDANG (cost berjuta juta gituu..)
3. Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing = KUMPULAN SPIN (yang ni kalo uolls tak pat
tangkap maksud nye baik uoolss masuk tadika balik)
4. Orang Asli Paling Berjaya = O.A.G (Orang Asli Gombak)
5. Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..SCOIN (pakai syiling jer..miahaha)
6. Kumpulan Rock yang Paling wangi = MAY (Bau Sabun..tak caye? cuba la dekat..)
7. Kumpulan Rock yang takut mandi pagi = GIEGIEL
8. Kumpulan Rock yang selalu kena migrain = HEADWIND
9. Kumpulan yang mudah berpecah = KRISTAL (harus jangan pakai nama nih)
10. Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri = LEFTHANDED
11. Kumpulan yang ada power = KEMBARA (sebab ader DVVT)
12. Kumpulan yang terdiri dari pesawah = PADI
13. Kumpulan yang paling popular di pagi raya = TOO PHAT
14. Penyanyi yang sentiasa tua = TO'KI
15. Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh... = PRETTY UGLY
16. Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe = METALASIA
17. Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang = 4U2C
18. Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.. = MELLY GOESLOW
19. Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU' = TEACHERS PET
20. Kumpulan yang susah nak sakit = MEDICINE
21. Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.. = DR. KRONIK
22. Kumpulan yang buat show kat everest = IKLIM
23. Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh = BLACK DOG BONE
24. Kumpulan yang paling di hormati = KUMPULAN DEWA
25. Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.. = SWEET SEPTEMBER 26. Kumpulan berani mati.. = KAMIKAZE
27. Kumpulan yang selalu gi konvoi = XPDC

Baru i perasan FINAS sebenarnya banyak dah haramkan film tertentu 2009 nih.. Berikut adalah beberapa filem yang tak lepas di pawagam..dengan reasons nya sekali.

Filem 1: B***K THE MOVIE - Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut b***k di depan opis mereka setelah dibuang kerja.
* Ceca said : aduiii... teruk la crite nih..ada ka patut diharamkan FINAS di pawagam tapi masih bole lepas dalam blog aku..tak seswaii..

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG - Sebuah Cinta JagungHang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
*Ceca said : tak senonoh..very the jijik..oi CeCa, knape ko masih gak letak review film ni dalam blog ko? Motip aku bercakap dgn diri sendiri ?

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT -Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.
*Ceca said : aku pon tak paham haram skali ngan tajuk film ni takde kena mengena ngan jln criter. nasib baik belum beli tiket..

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI) - Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Tompel(lakonan A.R Bagus) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Nasha Aziz) menguap sambil ternganga.
*Ceca said : Knape film nih diharamkan? Bukan selalu dapat tengok lakunan Nasha Aziz menguap... Come on la FINAS..
*credit to... http://www.yynr.org/

0 comments:

 

ceca Grumpy Cow