Heart-Ache Quotes

Tuesday, 25 August 2009

Berbuka Puasa with Hafiz's family.. (bagai la i yang posa..huhu)

weolls sampai di Riverside Majestic Hotel around ku 645pm gitu..dah masuk waktu berbuka gitu..(aku puasa ker? muahaha)...dah tu salah tingkat ler pulak..then check our names dalam list. Fuh nasib baik ada...aik..kalo takde camner? tak patut takde coz dah booked seminggu sebelum. Mau nye ditendang kluar kalo takde lam list. muahaha..terpelanting jauh ke bangunan DUN yang baru nun . ahaha (melalut sudah aku..)
kak anna n pn marinda..
dorang happy sangat coz dapat betemu .. then borak2 sampai tak hengat....
tanduk dah kuar dah....

weolls dok di meja no 25....cantik prmandangan tepi pool gitu. tapi kalo si apiz muncul harus la i berjaga-jaga takut dek keterujaan i kelak i akan terjatuh kolam. muahaha..(dan sapa kah yg menyelamatkan?muahaha..)
baru jer melabuhkan punggung parents superboy pun muncul tapi superboy nih belom lagilah coz masih shooting uniknya ramadhan. haha


motip baju sepadan?

weolls juz makan2 n borak with Mama Apiz n Kak Wa yang weolls segani. Huh..i geram dengan keletah si kecik Ariana (superstar kecik malam tu selain Apiz..muahaha) Habis segala saputangan di meja di mainnya. Kiut adoii... i nak ambik gambar dengannya tapi tak dapat coz si superstar kecik nih tersangat la malu ngan i.

ngee...crita tentang shooting uniknya Ramadhan yang family Apiz pun ada join skali. hehe..brapa kali 'take' kitak tek Mama Apiz? ngeh ngeh.. of course la si anak lebih bagus dalam bab shooting menshooting nih berbanding si Mamanya. Mau taknya kalo dulu semasa di Akademi setiap hari berhadapan dengan camera....dan hingga kini. Jangan lupa dengan si Angelina' the camera yang kepoh.
masa memula budak tuh sampai...peluh dia ketara la sangat. nampak penat tapi still ramah layan weollss..i baru je nak bedal ulam tak jadi dengan kedatangan Apiz ke meja weolls. Salah seorang dari weolls la yang on topic tentang video clip Masih Jelas..siap sebut nama Cikgu Aris sekali. Weolls gelak-gelak especially tentang model yang bernama Sufi (sori yer Piz..usik-usik aje) dalam clip video n criter sesikit tentang pengambaran Uniknya Ramadhan.

Tak banyak yang i bedal malam tuh...juz fried mee..kek2,puding,buah2 etc..(tak banyak apa?) but salah seorang daripada weolls tu makan macam esok nak..haha..dah satu satu dah satu..

sambil makan weolls borak2 sambil lihat telatah Hafiz yang gembira dapat berkumpul dengan ahli keluarga nya termasuk segala sepupu sepapat yang hadir. Kalo tak masa nih bila lagi sebenarnya...kesempatan yang diambil tak dilepaskan. Malam tu juga kesempatan diambil untuk meraikan birthday Papa Hafiz n sepupunya (encem macam Hafiz gak) but weolls berempat dah balik masa tu. Tak dapat nak melamakan diri sampai habis penghujung hari coz one of us terpaksa balik ke Mukah malam tu juga.


ceca n eeza

kamek duak join pencarian gadis innershine, boleh sik?


from left : hafiz, ceca, zwazhar @ zupan n baby
white vs black??

Zupan dok ke hulu ke hilir jadi camera girl malam tuh..huhu..mengusung camera nya klik klik sana sini.


from left : Puan President (hi hi..) Kak Wa, Mama Hafiz, Kak Anna n Ceca
i aje yang tak tayang gigi..ngeh ngehhh..


sedang enak menjamu selera n menambah berat badan wahahahahha


... on da way balik tuh .. aduh..macam nak berlumba ke mana. kereta bagai nak terbang..nasib bek pak trafik masih tengah kenyang perut bergolek atas katil masa tuh. kalo tak..maunya disaman pandu lelaju atas jeraya. muahaha..erk.

*******************
*baru dapat update blog due to the good job'' of berukband yang i 'sanjung' nih. huh.





Thursday, 6 August 2009

Industri muzik dan filem Malaysia...

eeeuuuww....pepagi makan mi jawa..dah tu mi jawa dah sejuk (sapa suh malas panaskan balik??)
sampai tahap aku tak mok makan mi jawa lagi untuk 2 ..3 bulan seterusnyer...(ceh). dalam keboringan aku..terjumpa lak satu website nih dgn isi kandungannya sekali..yang buat i tergelak di petang yang panas - panas nih..(kita minum coke dulu..) . salah satunye i nak tempek kat sini untuk sekadar menyemakkan blog i yang sememangnya dah semak nihh...enjoyy..

1. Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat... = TITEKPUSPA
2. Penyanyi yang paling demand... = HETTY COST ENDANG (cost berjuta juta gituu..)
3. Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing = KUMPULAN SPIN (yang ni kalo uolls tak pat
tangkap maksud nye baik uoolss masuk tadika balik)
4. Orang Asli Paling Berjaya = O.A.G (Orang Asli Gombak)
5. Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..SCOIN (pakai syiling jer..miahaha)
6. Kumpulan Rock yang Paling wangi = MAY (Bau Sabun..tak caye? cuba la dekat..)
7. Kumpulan Rock yang takut mandi pagi = GIEGIEL
8. Kumpulan Rock yang selalu kena migrain = HEADWIND
9. Kumpulan yang mudah berpecah = KRISTAL (harus jangan pakai nama nih)
10. Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri = LEFTHANDED
11. Kumpulan yang ada power = KEMBARA (sebab ader DVVT)
12. Kumpulan yang terdiri dari pesawah = PADI
13. Kumpulan yang paling popular di pagi raya = TOO PHAT
14. Penyanyi yang sentiasa tua = TO'KI
15. Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh... = PRETTY UGLY
16. Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe = METALASIA
17. Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang = 4U2C
18. Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.. = MELLY GOESLOW
19. Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU' = TEACHERS PET
20. Kumpulan yang susah nak sakit = MEDICINE
21. Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.. = DR. KRONIK
22. Kumpulan yang buat show kat everest = IKLIM
23. Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh = BLACK DOG BONE
24. Kumpulan yang paling di hormati = KUMPULAN DEWA
25. Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.. = SWEET SEPTEMBER 26. Kumpulan berani mati.. = KAMIKAZE
27. Kumpulan yang selalu gi konvoi = XPDC

Baru i perasan FINAS sebenarnya banyak dah haramkan film tertentu 2009 nih.. Berikut adalah beberapa filem yang tak lepas di pawagam..dengan reasons nya sekali.

Filem 1: B***K THE MOVIE - Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut b***k di depan opis mereka setelah dibuang kerja.
* Ceca said : aduiii... teruk la crite nih..ada ka patut diharamkan FINAS di pawagam tapi masih bole lepas dalam blog aku..tak seswaii..

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG - Sebuah Cinta JagungHang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
*Ceca said : tak senonoh..very the jijik..oi CeCa, knape ko masih gak letak review film ni dalam blog ko? Motip aku bercakap dgn diri sendiri ?

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT -Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.
*Ceca said : aku pon tak paham haram skali ngan tajuk film ni takde kena mengena ngan jln criter. nasib baik belum beli tiket..

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI) - Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Tompel(lakonan A.R Bagus) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Nasha Aziz) menguap sambil ternganga.
*Ceca said : Knape film nih diharamkan? Bukan selalu dapat tengok lakunan Nasha Aziz menguap... Come on la FINAS..
*credit to... http://www.yynr.org/

Betina nih kannn...(ep 2)

ari tuh i antar one of my kucing gi klinik coz nak potong apa tu...eh alat peranakan? lebih kurang la.. masih ader lagi kekucing i yg perlu disunat n dibuang alat peranakan (?) aku pun tak tau sebut apa ntah.... oncos nya kalo dicampur semua ratus-ratus ya ibuk-ibuk...bapak..
Adehh...sekor aja makan $75... adoii..kalo dah 5 - 6 ekor? Padan muka aku bela kekucing banyak sangat.
Macam biasa...ke klinik yg biasa kucing i check up tuh..ngan doctor nye yang encem la jugak..heheh (aku datang antar kucing ke ngorat doctor?) Nasib la my kucing tuh tak gigit tangan jari jemari doctor tuh coz kalo kat umah...kucing i nih siap gigit sekali kalo tengah excited or happy....
Kucing i nih mesti happy jumpa doctor dier yang encem gitu...miahaha..
Aku punya la tak senonoh cemas semacam je bila tengok my kucing betina i nih terkulai layu...
Ingat kan dier sleepy sangat lepas over excited jumpa doctor...tapi lepas tuh pikir...eh, doctor ni dah overdose ke bagi ubat kat dier?
Rupe-rupenye....doctor baru je bagi bius kat my kucing nih..kasi sleepy jap sebelum 'potong' gituuu.... alaa..malunya i cemas semacam. I pun menyorok di sudut dinding sambil menutup muka... dan doctor tu pun pujuk .."ms...tak perlu la malu, takde hal nye..nan ado.." wahaha..
eh chop! kejadian menyorok n pujuk memujuk tuh tak wujud yer, cuma rekaan semata-mata untuk menambah perisa blog ni jer. ok..thank yu.
Lepas my kucing di bawak balik umah cian pulak i nengok..lemah tak bermaya tak macam my kucing dulu yang hyperactive yang akan kejar anjing-anjing jalanan kalo dier nampak..huhu..
Balik umah, letak dalam sangkar jer..keesokkan hari dier dah mula hyper balik. Siap bergolek-golek atas my katil walaupun doctor pesan jangan nenakal sangat lepas 'potong' nih. Bahaya..
al maklum la..bukannya my kucing nih dengar kata.


kucing-kucing tengah mesyuarat..
lepas sembuh..boleh le dier kembali kepada biasa...main2 ngan adik-bradik dier..






sempat lagi tido atas my katil...



nih my kucing lepas baru je dibius n di'potong'.
very the kecian...pakai 'parabola' kat leher pulak tuh.


my kucing sebelum di 'potong'....



*motip aku tak sebut nama kucing aku?
*motip ku tetiba criter pasal kekucing?



Monday, 3 August 2009

HATE that i LOVE him

jarak jauh ni menyakitkan...aku benci aku pernah suka kan nya. aku benci orang mengata aku setia? what is setia? now .. bukannya semakin dekat, semakin jauh atas alasan yang sama...K.E.R.J.A .... aku memang perempuan yang tak memahami if itu yang uolls fikirkan. Kerana aku semakin FED UP!


Saturday, 1 August 2009

Eric Leong..i need your help!!..

haa..hari yang relax..hari ku goyang kaki..hari pertama ku hampir-hampir menjahanamkan rumah sendiri...cehh silap ku sendiri, tak hengat gi dapur masa tinggalkan kuali dengan minyak. Ingat nak tinggal kejap jer sementara tunggu minyak cap Buruh tu panas.. kalo tak abis muka i glamer fofular masuk news. ahahaksss..(statement yang tak lawak gitu..)
Minggu depan ku start cuti seminggu..takde lak plan gi mana2.
Kalo nak gi Miri tuh..ada gak wat plan dalam kepala otak ku ni.
Khamis depan adalah hari terakhir ku wat decision..dapat gi Miri ke tak..
Tade pa nak wat sakan cuti nih, tapi pagi ni rasa nak wat somethin ngan
bilik i gitu.
Rasa nak call Eric Leong wat make-over bilik tido i je.
Tapi budget i tak cukup nak bayar tambang tiket belon
suruh si Eric botak tapi encem tuh gi rumah i di Kuching ni.
Daripada ku tunggu si Eric wat deco bilik i, baik i sendiri wat transformasi..
Memula..buang segala kekotak tv radio bawah katil..
Pastu kumpul semua bebarang ikut sistem 5S.
ACAH JERR....mana da betul.
I suka bilik tido sekarang ni. Dinding nye pink n purple..tapi di sana-sini banyak
segala teddy2 beruang comeyy i letak.
Pendek kate..kekadang i rasa macam bilik tido baby la plak.
ahahaakkss..ada ku kesah??


hiii...my katil..

salah satu sudut paveret i..mini gallery..

mini library...paling i sukaaa..coz menyimpan segala koleksi khazanah novel2 n bebuku i gitu.




This is 4 u - Happy Birthday!!

wahh...dah 1 Ogos..tak terasa gitu..bulan kemerdekaan dan bulan
yang diharap banyak benda baik berlaku. Kalo banding bulan lepas,
bulan lepas macam2 benda sedih berlaku..
Dan tarikh 1 Ogos ni..birthday one of my bestfren time sekolah dulu..
hihikk..kekadang aku slalu gak konfius
ngan tarikh nye. 1 Ogos ker..31 Ogos?? hehe..
Pepandai lak aku..so to my fren...
Elvy Grace Simon,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
Ok fren, brapa dah umur ko? hehekk..nak ku bagitau kat blog
ni ker? hihikk..actually dier sebaya aku la..
walau si manis Elvy ni skrang tengah
idup berkeluarga dengan 2 anak yang comeyyyy
macam parents nyer jugak, si Elvy ni tetap mama
yang voque gitu..Wahhh..semoga happy, gumbira and
bahagia selalu..
Sorry V, budget ku tak cukup nak antar ko holiday gi Bali nun..and coklat yang sepatutnya
ku hadiahkan untuk ko dah cair hadam dalam perut aku.
hihikk..
..all the best..
*takkan la ku upload pic dia kat sini plak.
kang abis aku dicarut kelak..larikkkk..
 

ceca Grumpy Cow