Yeyy..cuti sekolah tiba lagi...okey,aku bukan budak sekolah pon. Tapi dah hantar borang cuti kerja start dari 31 Mei sampai 8 atau 9 haribulan. Cuti dah diluluskan. Lucunya, sekarang aku pon tak ingat cuti aku berakhir sampai bila. Antara 8 Jun atau 9. Pelikkan tak ingat cuti sendiri,walhal sendiri yang mohon cuti.. Yup,aku isi borang cuti dalam keadaan tergesa-gesa, borang pon 3-4 tukar kerana masih tak pasti nak ambik cuti sampai bila. Last-last, sekarang nih aku pon tak ingat apa yang aku tulis. :)
Nak pegi check rekod cuti pon satu hal..jadual kerja untuk minggu seterusnya belom keluar lagi. Orang yang incharge dlm hal tu pon tengah sibuk,suruh aku sendiri gi check dalam rekod,sedangkan aku tak tau kat mana dia letak rekod tuh semua. Kata ada simpan,tapi dah dicari takda pon. Jawapannya tentu dia belom print out lagi lah tuh dari My Document dia..huhuahua...
Dah nak balik kampung...kalau gi pasar masa ni pasar tengah sesak ngan manusia-manusia yang nak beli belah. Pasar Kuching memang tengah meriah ngan ramai orang,musim Gawai katakan..tak kira la kaum mana pon..semua kaum pon nak merasa sale sale sale sale sempena cuti sekolah dan cuti gawai nih. heheh..
India Street,Kuching
Antara tempat femes de amos yang dorang biasa gi ialah kat India Street, Lebuh India...yang tak jauh dari Tebingan Kuching tuh. Manusia ramai gilerr...Tapi tahun ni dorang tak banyak jual biskut atau kuih gawai..tak tau naper, jual t-shirt warna warni yang menjadi trend bebudak sekarang adalah. Dengan bermacam2 tagline dalam bahasa melayu. Aku tak minat dengan tshirt cam gitu,bebudak sekolah je banyak yang minat. Huahua..
Dan akhirnya.... ni yang aku nikmati...nasi lemak kari ayam. Nasi nya tak macam 'lemak' pon...harap nampak sedap jer..jadi lain kali, tak nak pekena nasi lemak kat situ lagi. (nama kedai dan taukenya dirahsiakan..hehe)