Balik kerja je terus ngadap PC.. miahaha apa punya anak dara macam aku nih..( wohh..best nya jadi perasan begini..) Sempat gak jenguk parit besar depan rumah, kot kot anak anjing tu masih terjun ke situ.. Kan cian puppies liar sebelah rumah kitaorang jadikan parit depan rumah swimming pool…kalau pandai keluar sendiri tu takpa lah, ni kena kita yang tolong ambik dari situ.
Tukar cerita...
Tahniah untuk kawan lama sekelas dulu…Eleaner Kelokok yang baru je lahirkan anak pertama 5.2.2010 lepas… Alysha Dhanya… Ada beberapa pics sini yang kalau sesapa perasan mata baby tu kekuningan… yup..kena ‘kuning’. Mak dia dah bosan dok lam ward tu je.. wakaka..
Semalam dalam dok mengeliat kebosanan takde benda nak dibuat, dalam kepala hotak yang bergeliga ni sempat lagi terpikir nak kuar tengok wayang.
Huhu…aku belum tengok AVATAR 3D tu lagi..kan kecian nya aku.
Habisla sepupu I tu aku sembat sekali ajak tengok sama hatta baru je dia balik dari kem cuti-cuti Malaysia ( pernah dengar ke kem ni?)..
Tapi kena lah ajak my mom sekali ikut muahaha..cet
Memang takut tak sempat sebab masa pon tinggal dalam 30 minit gitu, manalah tau tak sempat.. kereta dipandu selaju mungkin terbang atas segala kereta-kereta di jalan raya.
Habis pemandu semua dongak ke atas langit. Aku melalut lagi… *geleng kepala…
Setelah marathon pusing pusing cari parking, berkejar ke lif ..hancur luluh je hati. Boleh pula MBO tu tutup.?.. kononnya dek kerana litar pintas yang berlaku, so terpaksa la dorang tutup je. Buat penat aku je menguruskan diri yang sememangnya dah semakin kurus ni berkejar ke sana. Cet..so dok lepak je lah kat KFC bedal segala ayam ayam dengan tulang sekali sampai restoran KFC tu tutup.. Pelayan dia buat muka ayam tak cukup makan baja tengok kitaorang yang lepak situ tak balik balik..
Tetiba aku malas nak cerita panjang.. takde mood la
sebenarnya, kucing aku tak balik rumah.
Muahaha..
Tuesday, 9 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment