Heart-Ache Quotes

Saturday, 13 February 2010

Rambut pendek trend 2010?

Wahh.. aku rasa la.. tahun 2010 ni, rambut pendek akan jadi trend artis wanita Malaysia sekarang. OKAY wut...simple dan kemas.. nak rambut panjang, pakai je lah rambut palsu. Tapi dalam banyak-banyak artis Malaysia yang sepakat nak wat rambut pendek ni, aku tengok dua orang ni yang menonjol dan 'best' berambut begini.
NOnny Nadhirah ,pelakon drama Kau dan Aku (budak keluaran AF..Kalau korang tak ingat) dan Nana. Seorang masih single...seorang lagi dah jadi bini orang.

Sebelum aku nak mengeblog pasal ni ingatkan takde lagi yang buat yang ni, rupanya dah la...huuu... aku bukan orang yang pertama. Yahhh...ketinggalan nya aku.. Siap dia senaraikan lagi artis artis Malaysia berambut pendek. Tak kisah lah, bukan aku nak niru dia pon.


Nonny Nadhirah.. pic ni credit to http://www.nonnynadhirah.blogspotcom/

Nonny ni..aku tengok sebelum berimej begini, biasa biasa je rupa dia. Macam artis lain gak. Tapi bila kuar je berimej cam ni okey lak aku tengok. Sesuai ngan dia, sesuai ngan ketinggian dia..sesuai apa lagi?


lawa lak minah ni sekarang ngan rambur pendek..
pic aku kredit kat www.budiey.com

Semalam sempat gak ke akad nikah kawan sekerja , saudara Islam baru Ainul Mardhiah @ Moliah dengan pasangannya..Putra. Macam biasalah aku ni..berselera makan di majlis orang. Miahahaha..okay ni untuk korang berdua.

semoga ikatan ini berkekalan hingga ke anak cucu cicit nenek moyang apa ntah..

Tetiba blog aku buat hal..ker aku sorang je yang macam ni? Entry tak pat di center semua apa.. nak tukar font tak dapat..icon-icon button button ada yang lari entah ke mana, macam mana aku nak ngedit nya? Tapi bila dipublish, boleh gak tengok cuma masa nak create post baru tu je macam hareemmm...tolong!! Aku tak pandai IT...



*bosan nya entry nih..

Tuesday, 9 February 2010

Takde Tajuk III

Balik kerja je terus ngadap PC.. miahaha apa punya anak dara macam aku nih..( wohh..best nya jadi perasan begini..) Sempat gak jenguk parit besar depan rumah, kot kot anak anjing tu masih terjun ke situ.. Kan cian puppies liar sebelah rumah kitaorang jadikan parit depan rumah swimming pool…kalau pandai keluar sendiri tu takpa lah, ni kena kita yang tolong ambik dari situ.

Tukar cerita...

Tahniah untuk kawan lama sekelas dulu…Eleaner Kelokok yang baru je lahirkan anak pertama 5.2.2010 lepas… Alysha Dhanya… Ada beberapa pics sini yang kalau sesapa perasan mata baby tu kekuningan… yup..kena ‘kuning’. Mak dia dah bosan dok lam ward tu je.. wakaka..







Semalam dalam dok mengeliat kebosanan takde benda nak dibuat, dalam kepala hotak yang bergeliga ni sempat lagi terpikir nak kuar tengok wayang.
Huhu…aku belum tengok AVATAR 3D tu lagi..kan kecian nya aku.
Habisla sepupu I tu aku sembat sekali ajak tengok sama hatta baru je dia balik dari kem cuti-cuti Malaysia ( pernah dengar ke kem ni?)..
Tapi kena lah ajak my mom sekali ikut muahaha..cet
Memang takut tak sempat sebab masa pon tinggal dalam 30 minit gitu, manalah tau tak sempat.. kereta dipandu selaju mungkin terbang atas segala kereta-kereta di jalan raya.
Habis pemandu semua dongak ke atas langit. Aku melalut lagi… *geleng kepala…

Setelah marathon pusing pusing cari parking, berkejar ke lif ..hancur luluh je hati. Boleh pula MBO tu tutup.?.. kononnya dek kerana litar pintas yang berlaku, so terpaksa la dorang tutup je. Buat penat aku je menguruskan diri yang sememangnya dah semakin kurus ni berkejar ke sana. Cet..so dok lepak je lah kat KFC bedal segala ayam ayam dengan tulang sekali sampai restoran KFC tu tutup.. Pelayan dia buat muka ayam tak cukup makan baja tengok kitaorang yang lepak situ tak balik balik..






Tetiba aku malas nak cerita panjang.. takde mood la
sebenarnya, kucing aku tak balik rumah.
Muahaha..
 

ceca Grumpy Cow