Heart-Ache Quotes

Sunday, 31 January 2010

mAsa unTuk MeNcarut..

Miahaha.. berapa lama aku tak jenguk blog sendiri? Blog yang sekadar indah khabar dari rupa?..indah rupa dari khabar? Baru je beli Garnier Brightening Eye Roll On dari kedai Watsons ( yang Fasha dok promot tuh..) .. memang khas untuk mata yang cengkung dan lingkaran gelap di bawah mata..sikit lagi jadi anak panda.

Orang yang selalu tido lambat macam aku nih ( jangan la pikir benda lain..) memang 'baek' sangat lah guna ni. Entah, aku pon tak tau apa kesan / 'kemujaraban' benda nih, tengoklah beberapa minggu nih.. miahaha..jangan muka dan mata aku mengalahkan mata Shrek sudah..

selesa okay guna nih..just 'roll on je kat bawah mata, jangan ko nak cucuk mata pulak..




Dan aku nak berterima kasih kat ahkak http://www.nonisafuani.blogspot.com/ ( bunyi macam berbelas belas tahun tua dari aku..muahahaha.. mampus lah i..) yang telah bersusah payah balik dari KL bawa ole-ole untuk aku.... ( sila lihat gambar cikai bawah ..ngee.. ) 1. T-Shirt Roket 2. Poster Konsert Roket 3. Poskad Pic Hafiz! ...ngee.. aku kuciwa tak boleh datang ke konsert tu.. walhal bukan pasal konsert tu yang buat aku teruja, benda lain..heheh.. Kot-kot kak Noni ada terjenguk blog aku ni, aku nak berterima kasih lah..miahaha..macam lah jauh sangat nak cakap terima kasih..


T shirt tu aku suka termasuklah poster dan poskad tapi aku still tak tau nak buat apa ngan poster dan poskad tuh.. Tshirt cukup cukup je kat badan aku yang kurang berat ' nih..ngeh ngeh


Ujibakat Akademi Fantasia 8 dah berakhir.. dah nak mula musim AF ke lapan.. masa untuk warga Malaysia melayan 'drama swasta' air mata dan 'kebencian' terhadap pengkritik-pengkritik/pengacara nya. Muahaha.. mengapa lak aku kata macam ni? Dah tu je realiti aku tengok, AF tempat untuk pengkritik rumah berdebat dengan pengkritik dalam stadium.. air mata dan 'lakonan' peserta tu tak payah kira lah... lorr.. Perlu atau tidak AF8 ni diteruskan, suka suki dorang lah nak buat.. janji 'banyak bakat baru Malaysia' ditonjolkan... miahaha.. Rakyat Malaysia kan pemurah... bersedia lah korang nak dengan' jari menjadi juri'..



sertai uji bakat??..
Sebut pasal audition nih.. golongan muda mudi lepasan SPM baru abis sekolah, result belom pon kluar dah nak mencuba nasib jadi penyanyi al kononnya.... tu la rata-rata ciput je yang melepasi saringan. Banyak yang dok tersepit hanya di stage 3-2 jer.. Yang lepas, setakat berbelas-belas orang. Ni semua bebudak yang rasa ada bakat,minat dan cita cita tinggi mengharumkan nama negeri (negeri..bukan negara, ok..) di bidang seni.
Kan kesiannya kita tengok datang berpakaian ala ala nak pergi majlis Grammy Award pon ada..belum lagi macam nak pergi bersukan ke Bukit Jalil pon ada. Stail rambut tu tak payah cakap lah.. ala-ala Barbie Doll segala dan model penyanyi kacak Jepun. Bagus simple je,asal suara tak kuar macam angsa minta makan tapi kalau simple sangat macam mayat berjalan tak cukup batu nisan pon (ayat sila sambung sendiri..) ..hish hish..

mat rempit' tengah tekun mengisi borang AF8..
Dan yang datangnya ada dua.. sekadar mencuba nasib atau betul-betul serius kepingin nak masuk Akademi. (masuk tv juga..) Kalau korang pergi ke tempat ujibakat, cubalah jenguk ke dalam tandas sambil nak membuang 'segala' tu, bermacam dan berbagai bunyi korang boleh dengar. Yang tak bestnya, mendengar peserta mengumpat sesama sendiri...atau dalam cubaan hendak berlagak. Dalam tandas, sambil makeup tebal tebal depan cermin, mulut pot pet pot pet ngumpat juri dan peserta lain. Takpun ada adegan :
1. " Aku tak suka lagu tu, malas nak bawak yang tu.."
2. " Juri dia kali ni si polan itu, so aku nak nyanyi lagu si polan itu lah.."
3. " Kalau kau ikut kelas vokal macam aku ni, baru lah kau layak ikut ujibakat ni.."
4. "Pagi tadi aku gi salon dan beli dress baru,kau macam mana?"
5. "Eh..berapa kau beli bulu mata palsu tu?"
6. "Perempuan tu dia pikir muka dia cantik, dia pikir dia dapat lepas..?.."
7. "Suara kau ..fuhh..sebijik macam Yuna, sure kau dapat lah. "
8. "Sampah.. suara macam tu pon boleh lepas?"
....
...
..
Banyak 'klon' artis zaman sekarang ok.
Aku bajet, akan bertambah klon Yuna atau ala-ala Aril..oppss..tak pon Aizat.

dan gigih menunggu nombor dipanggil.... sehingga mengeletar kepala lutut

Hairan kenapa yang datang lebih banyak buang masa berjam-jam sambil menunggu giliran di luar dengan mengisi borang dan berborak?..
Borang sekeping depan belakang boleh mengambil masa begitu lama nak isi, cepu emas sangat kah soalan?
Kan ker lebih berfaedah dan baik untuk kesihatan kalau guna masa tu untuk berlatih menyanyi..ker masih ada perasaan malu orang dok kutuk sora ?..

Aku ambik gambor bagai tapi orang-orang sebelah aku
masih jelas (promot..) nampak muka tensen dan nebes. Al kesian....




ni pic bebudak masa audition ambil gambar kenangan kat lokasi audition. Motip aku letak gambar ni? Coba tengok 'benda paling depan berbaju kuning?..
Miahaha..gambar macam ni lah contohnya orang suka salah anggap..
Setakat orang nampak 'blur' dalam gambar dek pergerakan semasa diambil dengan kamera cikai pon buleh buat manusia kepoh kata gambar pelik dan seram. hmm..mana pop corn aku..?..


Tekun sangat la nak menulis borang .. ala-ala jawapan nak memikat hati para juri/hakim.



kann..sampai kerusi banyak kosong,
orang dah tak ramai lagi kat luar, banyak dah masuk ke dalam


datang dengan kawan, kawan jugak lah tolong lekat kan nombor kat baju..


buang masa aku je upload gambor nih..


kaki bergegar..nak terkencing..semangat berkobar-kobar 1Malaysia



Joe Lee.. temubual peserta yang berjaya melepasi stage .. untuk projek Alpha kau ker Joe?..



Minah ni... dan sesetengah peserta lain, menyanyi sambil menari ala-ala ketam tepi laut



suka je dorang gedik ni ambil kesempatan bergambar macam ni..


Joe kepenatan kekdahnya... tambah lagi nak melayan peminat.cet!



Orang yang melatah nak kacau orang yang tak melatah..ler..



Mumi.... happy belated birthday !... lorr..haritu kan dah sambut..ngeh ngeh..
Ni gegambar masa kat Chicken Hartz.. Aku dah berapa pinggan aku bedal malam tu?..
Dari tempat kerja terus ke tempat tu.


aku bedal yang ini..




muahaha.. bebudak lelaki ni semua kena 'dera' suruh ala-ala nasyid..

motip orang lelaki suka pakai baju hitam? ( yalah..takkan lah pink..penyakit betol..)



cantik gambar..trima kasih kepada tukang ambil gambar nya..
sapa lagi kalau bukan ceca.. nak nombor telefon nya? ngeh ngeh




******************
mula lah aku nak mencarut sini... blog sekadar 3 - 2 kali je update..





















Saturday, 23 January 2010

Kenapa Ceca?!..Why Why Why!..

Hari Sabtu yang indah... kononnya...

Segala baju-baju tengah bersusun dan berbaris menunggu tuan punya nya untuk dicuci dan disidai..alang-alang cuaca tengah panas begini. Kalau tak, dah keluar sesama geng The Lobs tengok wayang. Teja ajak tengok criter Legion' ..memula tu blur la sangat, n then baru teringat oo..Legion yang i tertengok trailer nya dalam tv ( habis kat mana lagi kalau bukan kat tv? takkan dalam aquarium ) sure takde yang paham penulisan aku..huhu :p

Lepas dah siap segala , masak masak semua kemas bilik ( aku ni sengaja ker nak menunjukkan kerajinan dalam blog ni?) aku dok mengadap PC jer...teringat kisah semalam..

Pertama nya waktu petang semasa waktu rehat dok keluar nak pi Pejabat Pos temankan si Noni ambik barang pos laju dari Enfiniti.. tadaa!....tiket tengok Konsert Roket Hafiz,Akim dan Aril!..
Huhu..aku takde..coz aku tak dapat ekot..
Haha..naper la bgambar ceng gini..
lorr.. ini ticket nya..muahaha...sekeping kertas kuning yang panjang gitu..
Malam nya time aku tengah ngadap PC kebetulan tgh baca blog http://hafizfc.blogspot.com/ ..aku terima panggilan yang pada mulanya aku pikir panggilan hangit. Muahaha..rerupanya lelaki misteri dari Enfiniti Production kol aku cakap aku menang contest yang dorang wat tu gamaknya.. (macam la ramai sangat orang yang join..) ..fuh..siap dapat pi KL tengok rehearsal konsert roket dan peluang 'shooting' dalam rancangan ROKET..alamak......... (hoh?..kluar tv?)
Tapi..aku tolak. Aduii................
dush dush dush dush....(tumbuk bantal)

ni la rossele..err..rozel..air or ice..err..rozela..entah apa nama..tak tau nak sebut. Sila betulkan Ceca kalau tahu..



Sesungguhnya 'alat' ini tak de kena mengena dengan blog ni .. saje saje je ambik gambar bebarang yang ada di tempat keja.. tak tau apa motip. Kebosanan...


Kann...best lah Enfiniti aku tolong promot dorang kat blog nih..motip lah sangat... :p

Kalau nak tau...ini la perasaan Ceca sekarang..geram geram gerammmmmmmmmm!
Ceca ..kenapa ko tolak peluang keemasan itu...

dishh!








Sunday, 17 January 2010

'Kepancitan' di Pagi Minggu..

Pagi Ahad... ceh.. tak jauh dari rumah baru perasan la pula tayar belakang Kancil pancit... Patut la mak i pandu macam terhuyung hayang je. Motip bukan i yang pandu kereta?..hehe..

Kecian... seorang pun tak reti nak tukar atau pam tayar kereta yang dah kekempisan .. Ohoho.. kesimpulannya, telefon bapak yang masih di rumah tengah mandi kerna nak turun kerja pagi tu..hehe.. lalala



Goyang kaki sementara tunggu bapak datang... lalala..

lalala... la la.. Benda sekecil itu pun tak tahu nak buat apa..geleng kepala je lah. Tak guna gak bawa segala peralatan dalam bonet kereta kalau seorang pun tak reti nak pam tayar pancit..
Kann..Ceca ko ni duduk planet mana hah?


Aisehh..dalam pada tu, sempat pulak nak asah skil. Ambil gambar permandangan..hmm..
Apa guna bawa kamera kann..



Uish..mendung je. Ker aku yang sibuk nyanyi je dalam kereta kebosanan
tunggu bapak sehingga hari mendung nak hujan...


Segala 'benda-benda' dah dikeluarkan untuk tukar tayar..
I kata 'benda-benda' kerana dalam banyak-banyak benda tu hanya nama 'Spanar' je yang i tahu..hehe. Yang lain nya entah apa..hmm.. besi itu skru ini..

abaikan sticker putih kepala orang kat atas itu.. heheh
Rear Sear Belt Exemption... ahaa..kan kerajaan dah arahkan rakyat jelata nya pasang tali pinggang keselamatan tempat duduk belakang? hmm..kereta kita tak dapat la buat macam tu.. heheh .. masa hantar kereta ke pusat Perodua, mamat -mamat Perodua susah payah je atur tempat duduk tu. Atas sebab tertentu, kereta kita memang sah tak dapat dipasang dengan tali pinggang keselamatan . Diaorang lekat lah sticker macam kat gambar tu..
Lepas ni kalau Pak Trafik nak saman kita orang ...al dukacita lah Pak cik ye.. heheh.. tak dapat saman lah. haha.. Sticker tu sendiri menunjukkan kuasa nya. So kalau sesapa lagi belum pasang tali pinggang keselamatan pergi lah cepat, kalau memang tak dapat dipasang pun buat apa nak risau. Sticker tu kan ada.... haha. Selamat...
Keburukan nya penumpang di belakang memang berisiko lah sebab tak da tu.. huhu.

haa..kan dah kata..memang akan hujan pun.. i malas nak keluar dari kereta, duduk melayan perasaan dalam kereta sementara tunggu mak keluar gi beli lauk. heheh.. zzzz..


 

ceca Grumpy Cow